
Salamun’alaik..
Tanah suci ketiga umat Islam yakni Baitulmaqdis selepas Makkah dan Madinah ini, sehingga hari ini terus menjadi rebutan kaum Kristian dan Yahudi dari tangan umat Islam di sana..
Teruskan usaha sokongan dan doa semoga Allah terus memberi kemenangan kepada umat Islam di sana..
Jika artikel sebelum ini, ana menjelaskan gambaran sebenar akan Batu Terapung kepada antum sekalian, kali ini ana ingin terus ingin membawa antum sekalian menziarahi Masjid Al Aqsa dan Masjid Kubah Batu (Qubbatul Sakhra) secara maya..
Kali ini, antum semua boleh melihat keadaan masjid-masjid ini di sana dan juga yang istimewa ialah;
Menziarahi rupa bentuk sebenar keadaan di bawah Batu Terapung seperti yang dijelaskan oleh Al Imam Abu Bakar Ibnu ‘Arabi, Dato’ Dr. Haron Din dan pengalaman Ummi Latifah juga Bonda beliau di sana. Penjelasan mereka boleh di lihat melalui komen mereka melalui artikel [ BENARKAH : Batu Terapung Dalam Peristiwa Isra' Mikraj Di Palestine ] yang lalu.
Untuk sampaikan atau kemukakan (foward) berita ini kepada kenalan yang lain sila salin dan tampal (copy & paste) keterangan di bawah ini ( ke e-mail, mesej tagged, friendster dan lain-lain ) bermula tanda ** dan berakhir dengan tanda ** seperti di bawah:
**Salamun’alaik..
Nak tahu keadaan sebenar dan rupa dalaman Masjid Al Aqsa, Qubbatul Sakhra yang di bawahnya terdapat Batu Terapung serta yang juga istimewa, rasai pengalaman melihat keadaan di bawah Batu Terapung seperti yang sering kita dengar dalam peristiwa Isra’ Mikraj..?
Jemput ziarah;
Tlg foward dlm buletin atau mesej antum semua ya..
Salam Ziarah dari Bumi Palestine..**
Bersama ini ingin ana kongsikan bersama para tetamu Qhazanah, untuk menziarahi secara maya melalui ruangan 3D 360 darjah..! InsyaAllah antum sekalian akan terpesona dengannya..
Mungkin yang pernah ke sana , rindu untuk menziarahinya lagi.. Bagi yang belum pula, ini pasti pengalaman yang menarik.. Dan dalam keadaan yang sekarang ini, entah bila masanya dapat kita ke sana..
Tinjau dengan tenang dan pastikan tiada muka surat yang tertinggal atau antum terlangkau kawasan Batu Terapung..
Pastikan komputer anda memiliki kemudahan perisian Flash terkini..
Klik sesalur di bawah ini;
( Bawa ana ziarah ke Baitulmaqdis sekarang.. Bismillah.. )
Juga sila tinggalkan komen pengalaman anda menziarahi bumi Palestine di sini.!
Buat anda yang berminat untuk meraih pendapatan Ramadhan ini dengan Qhazanah; Intipati Lebih Asli Dengan Gabungan 10 Makanan Sunnah, sila klik di sini.
Jika anda rasa artikel ini memberi info yang bermanfaat sila undi dengan klik;
Juga, sudi-sudilah beri komen membina di bawah yea.. Syukran jazilan, wassalam..





Malam Aspirasi Generasi Salahuddin – Pidato Perdana
http://pondokhabib.files.wordpress.com/2009/07/image0000123.jpg
Jadual Pengajian Ilmu bagi Bulan Julai-Ogos 2009
http://pondokhabib.files.wordpress.com/2009/07/jadualjo.jpg
Jadual Pengajian Ilmu Syeikh Fuad bula ogos 2009
http://pondokhabib.files.wordpress.com/2009/08/jadual-pengajian-ust-fuad-ogos.jpg
allahu akbar!!
tuhan bagi tgk mukjizat utk dillihat bukan utk disorok…inilah masalah org islam kita.
Assalamualaikum…syukran atas info & ziarah 3D yg cukup mengagumkan ini…ana berharap sgt agar menyediakan ziarah 3D camni lagi di bumi anbiya’ pada masa akan dtg…
Subhanallah..Maha suci Allah..saya begitu teruja melihat betapa indahnya Masjid Al-Aqsa..hampir menitis air mata bila membayangkan jika masjid ini dimusnahkan….moga paparan sebegini dapat dihasilkan dngan lebih banyak..sangt berguna untuk umat Islam yang tidk dpt menjejaki kakinya di bumi itu…semoga Allah melindunginya…