Arkib untuk 5 November 2009

05
Nov
09

Bagaimana Jika Wanita Tawar Diri Untuk Diperisterikan

Meminang

Pernah (biasa) juga ana dipinang orang.. :-)

Al Ustaz Dato’ Dr Haron Din

SOALAN: Dato’.. Bolehkah atau tidak seorang perempuan menyerah diri kepada seorang lelaki untuk diperisterikan atas alasan mengikut sunnah, sepertimana berlaku pada seorang perempuan pada zaman Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam, menyerah diri kepada baginda untuk diperisterikan dan baginda menerimanya sebagai isteri. Mohon penjelasan. – MAWAR UNGGU

JAWAPAN:
Memang benar apa yang anda nyatakan bahawa pernah berlaku pada zaman Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam, seorang perempuan datang menghadap baginda dan menyerah diri kepada baginda untuk dinikahi. Continue reading ‘Bagaimana Jika Wanita Tawar Diri Untuk Diperisterikan’

05
Nov
09

Israk Mikraj : Golongan Lelaki Dan Wanita Ahli Neraka

Ingin tahu keistimewaan intipati Qhazanah..? Sila klik [DI SINI]

Jangan Tangguh Taubat

Moga Mendatangkan Insaf Dan Taubat Dalam Diri Kita

Oleh Al Ustaz Zainudin Hashim

Benarkah Lelaki Selamat Dari Azab Neraka..?
Kalau dilihat secara renungan makrifat, terdapat satu hadis Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam yang menceritakan pengalaman baginda bertemu Allah SWT di Sidratul Muntaha malam Israk Mikraj, di mana Allah SWT telah memperlihatkan kepadanya keadaan wanita yang kebanyakan mereka dihumban dalam api neraka lantaran beberapa kesalahan semasa berada di dunia.

Namun ia bukan bermakna bahawa orang lelaki terselamat daripada panas api neraka dan dimasukkan dalam syurga Allah yang penuh dengan pelbagai nikmat yang luar biasa, yang terkadang tidak tergambar oleh akal fikiran manusia semasa hidup di dunia.

Justeru, apabila kita lihat beberapa istilah dalam al-Quran, menggambarkan kepada kita bahawa orang lelaki juga tidak kurang menjadi penghuni neraka. Ini berdasarkan keterangan al-Quran seperti istilah ‘Ashabun Nar’ (ahli neraka), al-Kafirun, al-Fasiqun, al-Munafiqun, az-Zolimun dan juga istilah yang disebut oleh baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam seperti golongan ‘dayus’, peminum arak dan anak-anak derhaka.

Apa yang menarik perhatian dalam isu yang ingin dibangkitkan di sini ialah golongan dayus seperti yang ditegaskan dalam sebuah hadis baginda. Ramai daripada kalangan umat Islam hari ini tidak menyedari bahawa mereka boleh termasuk golongan yang dayus dan tempat golongan ini di akhirat tidak lain adalah neraka.

Siapa Golongan Dayus..?

Mengapa neraka bagi golongan dayus? Golongan dayus ini sama ada seorang ayah yang membiarkan anak-anak gadis mereka keluar rumah tanpa mengenakan pakaian yang menutup aurat dengan sempurna begitu juga seorang suami yang membiarkan isterinya mendedahkan aurat seperti tidak memakai tudung kepala hingga di bawah perhiasan mereka.

Termasuklah membiarkan pembantu rumah di kalangan wanita asing yang dibiarkan tidak menutup aurat, maka suami tadi tidak berhak masuk syurga kerana membiarkan isteri dan pembantu rumahnya tidak menutup aurat seperti yang ditegaskan oleh al-Quran.

Peristiwa wanita ke neraka pada malam Mikraj

Sayidina Ali Karamallahuwajhah berkata: Continue reading ‘Israk Mikraj : Golongan Lelaki Dan Wanita Ahli Neraka’




Undi Qhazanah : Syukran..!

Topblogs @ iLuvislam

Dan Qhazanah Pun Berlalu

Memperkenal dan memperjuangkan program Memartabatkan Amalan Pemakanan Sunnah [MAPS] dan Semarak Mencintai Sunnah [SMS] sejak hampir 10 tahun yang lalu.

Kini dengan produk Qhazanah gabungan 10 gabungan makanan sunnah, melalui MAPS, SMS mula disemai dalam kembali mengenali sunnah dan tuntutannya ke atas kita umat baginda Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam pada hari ini.

Terima kasih kepada teman seperjuangan Al Ustaz Zamri sebagai Duta MiM.

Terima kasih juga atas sokongan dan doa kalian yang tak putus kunjung selama ini..

Hits Ziarah Qhazanah

  • 117,933 Pengunjung

Dari Serata Dunia

free counters

Mutiara Qhazanah

Jemput Berjemaah

Ahlan Wa Sahlan Ya Khaira Ummati

 

November 2009
J S A I S R K
« Okt   Dis »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  

Peti Qhazanah


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.