05
Nov
09

Bagaimana Jika Wanita Tawar Diri Untuk Diperisterikan

Meminang

Pernah (biasa) juga ana dipinang orang.. :-)

Al Ustaz Dato’ Dr Haron Din

SOALAN: Dato’.. Bolehkah atau tidak seorang perempuan menyerah diri kepada seorang lelaki untuk diperisterikan atas alasan mengikut sunnah, sepertimana berlaku pada seorang perempuan pada zaman Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam, menyerah diri kepada baginda untuk diperisterikan dan baginda menerimanya sebagai isteri. Mohon penjelasan. – MAWAR UNGGU

JAWAPAN:
Memang benar apa yang anda nyatakan bahawa pernah berlaku pada zaman Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam, seorang perempuan datang menghadap baginda dan menyerah diri kepada baginda untuk dinikahi.

Malah ada beberapa orang (bukan seorang sahaja) yang menghebahkan diri mereka kepada Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam, untuk diterima sebagai isteri dan baginda telah memperisterikan mereka.

Al-Imam al-Bukhari, meriwayatkan sebuah hadis daripada A’ishah Radhiallu ‘Anhu, katanya (mafhumnya): “Salah seorang yang berbuat demikian ialah Khaulah binti Hakim.”

Menurut al-Imam al-Zamakshari, ada empat orang yang menyerah diri kepada Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam sebagai hibah atau hadiah kepada Nabi iaitu, Maimunah binti Haris, Zainab binti Khuzaimah yang dikenali dengan Ummul Masakiin, Ummus Shariq binti Jabir dan Khaulah binti Hakim.

Pernikahan Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dengan mereka ini adalah pernikahan yang memenuhi cukup syarat dan rukun untuk dinikahi. Malah diri baginda sendiri dalam konteks ini, baginda pernah bersabda (mafhumnya):

“Saya dijadikan Allah daripada pernikahan yang sah, turun temurun daripada Nabi Adam a.s. sehingga ibu ayah saya melahirkan saya ke dunia ini.”

Namun demikian, perlulah diketahui lebih lanjut dan jelas bahawa, perempuan-perempuan yang datang menyerah diri kepada Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam, Allah telah sebutkan dalam al-Quran sebagaimana firman-Nya (mafhumnya):

“Wahai Nabi, sesungguhnya Kami telah halalkan bagimu isteri-isterimu yang engkau berikan mas kahwinnya, dan hamba-hamba perempuan yang engkau miliki daripada apa yang telah dikurniakan Allah kepadamu sebagai tawanan perang; dan (Kami telah halalkan bagimu berkahwin dengan sepupu-sepupumu, iaitu): anak-anak perempuan bapa saudaramu (daripada sebelah bapa) serta anak-anak perempuan emak saudaramu (daripada sebelah bapa), dan anak-anak perempuan bapa saudaramu (daripada sebelah ibu) serta anak-anak perempuan emak saudaramu (daripada sebelah ibu) yang telah berhijrah bersama-sama denganmu; dan (Kami telah halalkan bagimu) mana-mana perempuan yang beriman yang memberikan dirinya kepada Nabi (untuk dikahwininya dengan tidak membayar mas kahwin) kalaulah Nabi suka berkahwin dengannya; perkahwinan yang demikian adalah khas bagimu semata-mata, bukan bagi orang-orang yang beriman umumnya; sesungguhnya Kami telah mengetahui apa yang Kami wajibkan kepada orang-orang mukmin mengenai isteri-isteri mereka dan hamba-hamba perempuan yang mereka miliki; – supaya tidak menjadi keberatan bagimu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah al-Ahzab, ayat 50)

Ayat tersebut, dengan jelas dan nyata bahawa Allah menyebut perihal perempuan yang datang, menghibah atau menghadiahkan dirinya kepada Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam ialah khusus untuk Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam sahaja, bukan untuk umatnya.

Apabila ianya khusus untuk Nabi, maka ia sama sekali tidak boleh dijadikan alasan untuk ia menjadi sunnah. Oleh kerana itu, maka ia tidak boleh diamalkan.

Diriwayatkan oleh perawi hadis yang mahsyur dari jalan (tariq) sahal, dalam kitab-kitab yang sahih, disebut perihal seorang perempuan datang menghadiahkan dirinya kepada Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam, untuk dijadikan isteri, akan tetapi baginda terdiam tidak menjawab apa-apa.

Bagaimanapun ada seorang sahabat memecah kesunyian itu dengan berkata,

Ya Rasulullah, sekiranya Rasulullah tidak berhajat kepadanya, maka nikahkan saya dengannya.”

Lalu baginda memerintahkan sahabat itu menyediakan mahar, akhirnya kedua-dua mereka dinikahkan baginda.

Semua keterangan ini jelas membuktikan bahawa dalam kes hibah (hadiah) atau serah diri memang berlaku. Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam berkahwin dengan cara hibah, tanpa mahar sebagai suatu keistimewaan untuk diri baginda.

Adapun untuk diri kita, umatnya pada waktu ini, perkahwinan hibah ini tidak berlaku.

Yang boleh berlaku ialah perkahwinan biasa yang memenuhi syarat nikah, barulah sah perkahwinan. Wallahua’lam.

Jika anda rasa artikel ini memberi info yang bermanfaat sila undi dengan klik;

Topblogs @ iLuvislam

Juga, sudi-sudilah beri komen membina di bawah yea.. Syukran jazilan, wassalam..


0 Respon to “Bagaimana Jika Wanita Tawar Diri Untuk Diperisterikan”



  1. No Comments Yet

Tinggalkan jawapan




Undi Qhazanah : Syukran..!

Topblogs @ iLuvislam

Hits Ziarah Qhazanah

  • 20,857 Pengunjung

Ahlan Wa Sahlan Ya Khaira Ummati

 

November 2009
J S A I S R K
« Okt    
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  

Peti Qhazanah

Dan Qhazanah Pun Berlalu


Memperkenal dan memperjuangkan program Memartabatkan Amalan Pemakanan Sunnah [MAPS] dan Semarak Mencintai Sunnah [SMS] sejak hampir 9 tahun yang lalu.

Melalui MAPS, SMS mula disemai dalam kembali mengenali sunnah dan tuntutannya ke atas kita umat baginda Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam pada hari ini.

Terima kasih atas sokongan dan doa kalian yang tak putus kunjung selama ini..