Ingin tahu keistimewaan intipati Qhazanah..? Sila klik [DI SINI]
Begitu halus serangan kaum kafirin sehingga ia dihalalkan secara mutlak ke dalam jiwa-jiwa umat Islam secara komersil.
Lihat sahajalah di kaca televisyen, iklan di akhbar dan internet. Sempena kononnya menyambut hari kekasih ini, pelbagai slogan, kata hikmah dan sebagainya menjadi begitu lunak menusuk ke minda dan hati kita sedangkan ia mencalar aqidah..
Ramai yang memberi hadiah bunga sempena menyambut hari kekasih ini, begitu juga apa sahaja bentuk hadiah dalam meraikannya..
Valentine Dan Hukum Menyambutnya
Al Ustaz Zaharuddin Abd Rahman
SOALAN :
Benarkah hukum menyambut hari Valentine adalah haram, bagaimana pula hukum menjual hadiah dan bunga kepada pasangan-pasangan bukan Islam dan Muslim yang meraikannya?
JAWAPAN :
Saya telah menyertakan jawab di ruangan artikel bahasa Inggeris, bagi membantu rakan-rakan yang kurang selesa memahami bahasa inggeris, disertakan jawapan ringkas saya berkenaan sambutan hari valentine.
Asal-usul Valentine
Tindakan mengaitkan pertengahan bulan Februari dengan cinta dan kesuburan sudah ada sejak dahulukala. Menurut tarikh kalender Athena kuno, periode antara pertengahan Januari dengan pertengahan Februari adalah bulan Gamelion, yang dipersembahkan kepada pernikahan suci Dewa Zeus dan Hera. Continue reading ‘Anda Sambut Valentine Dan Jual Atau Hadiahkan Bunga Kerananya.. Apa Hukumnya..?’













Komen Terbaru