Arkib untuk kategori 'Islam Cara Hidupku'

10
Feb
10

Anda Sambut Valentine Dan Jual Atau Hadiahkan Bunga Kerananya.. Apa Hukumnya..?

Ingin tahu keistimewaan intipati Qhazanah..? Sila klik [DI SINI]

Begitu halus serangan kaum kafirin sehingga ia dihalalkan secara mutlak ke dalam jiwa-jiwa umat Islam secara komersil.

Lihat sahajalah di kaca televisyen, iklan di akhbar dan internet. Sempena kononnya menyambut hari kekasih ini, pelbagai slogan, kata hikmah dan sebagainya menjadi begitu lunak menusuk ke minda dan hati kita sedangkan ia mencalar aqidah..

Luahan kasih sayang pada hari Valentine sahaja..?

Ramai yang memberi hadiah bunga sempena menyambut hari kekasih ini, begitu juga apa sahaja bentuk hadiah dalam meraikannya..

Valentine Dan Hukum Menyambutnya

Al Ustaz Zaharuddin Abd Rahman

SOALAN :

Benarkah hukum menyambut hari Valentine adalah haram, bagaimana pula hukum menjual hadiah dan bunga kepada pasangan-pasangan bukan Islam dan Muslim yang meraikannya?

JAWAPAN :

Saya telah menyertakan jawab di ruangan artikel bahasa Inggeris, bagi membantu rakan-rakan yang kurang selesa memahami bahasa inggeris, disertakan jawapan ringkas saya berkenaan sambutan hari valentine.

Asal-usul Valentine

Tindakan mengaitkan pertengahan bulan Februari dengan cinta dan kesuburan sudah ada sejak dahulukala. Menurut tarikh kalender Athena kuno, periode antara pertengahan Januari dengan pertengahan Februari adalah bulan Gamelion, yang dipersembahkan kepada pernikahan suci Dewa Zeus dan Hera. Continue reading ‘Anda Sambut Valentine Dan Jual Atau Hadiahkan Bunga Kerananya.. Apa Hukumnya..?’

28
Jan
10

Benarkah Hantu Dan Bolehkah Roh Kembali..?

Ingin tahu keistimewaan intipati Qhazanah..? Sila klik [DI SINI]

Hantu Dan Kita

Sekarang ni, makin menjadi-jadi filem berkisarkan perihal hantu, sihir, saka dan macam-macam lagi.. Begitu juga perihalnya di televisyen.. Mungkin ramai di sana ada tanggapan yang pelik-pelik..

"Asyik korang je tengok cerita Kak Pon .. Penaat..! Biar Kak Pon keluar tengok korang pulak.."

Ibubapa pula salah teknik dalam mendidik anak-anak supaya menjadi anak yang taat.. Setiap kali nak buat anak akur kepada arahan atau permintaan mereka, maka hantu, momok, jembalang dan macam-macam lagi kita gunakan agar anak menjadi takut dan dengar arahan atau permintaan tersebut.

Ini adalah kaedah yang ternyata sama sekali amatlah salah dan ia membentuk anak-anak yang lebih berjiwakan takut kepada makhluk-makhluk lebih daripada takut kepada Allah..

Ada sesetengah kes pula, anak-anak dididik supaya mengulang sesuatu perkataan agar tidak diganggu oleh makhluk halus.. Antaranya bila terpaksa lalu atau melepaskan hajat berhampiran belukar atau hutan maka anak-anak dididik supaya menyebut kata laluan atau password yang kononnya penting seperti; Continue reading ‘Benarkah Hantu Dan Bolehkah Roh Kembali..?’

05
Nov
09

Bagaimana Jika Wanita Tawar Diri Untuk Diperisterikan

Meminang

Pernah (biasa) juga ana dipinang orang.. :-)

Al Ustaz Dato’ Dr Haron Din

SOALAN: Dato’.. Bolehkah atau tidak seorang perempuan menyerah diri kepada seorang lelaki untuk diperisterikan atas alasan mengikut sunnah, sepertimana berlaku pada seorang perempuan pada zaman Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam, menyerah diri kepada baginda untuk diperisterikan dan baginda menerimanya sebagai isteri. Mohon penjelasan. – MAWAR UNGGU

JAWAPAN:
Memang benar apa yang anda nyatakan bahawa pernah berlaku pada zaman Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam, seorang perempuan datang menghadap baginda dan menyerah diri kepada baginda untuk dinikahi. Continue reading ‘Bagaimana Jika Wanita Tawar Diri Untuk Diperisterikan’

05
Nov
09

Israk Mikraj : Golongan Lelaki Dan Wanita Ahli Neraka

Ingin tahu keistimewaan intipati Qhazanah..? Sila klik [DI SINI]

Jangan Tangguh Taubat

Moga Mendatangkan Insaf Dan Taubat Dalam Diri Kita

Oleh Al Ustaz Zainudin Hashim

Benarkah Lelaki Selamat Dari Azab Neraka..?
Kalau dilihat secara renungan makrifat, terdapat satu hadis Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam yang menceritakan pengalaman baginda bertemu Allah SWT di Sidratul Muntaha malam Israk Mikraj, di mana Allah SWT telah memperlihatkan kepadanya keadaan wanita yang kebanyakan mereka dihumban dalam api neraka lantaran beberapa kesalahan semasa berada di dunia.

Namun ia bukan bermakna bahawa orang lelaki terselamat daripada panas api neraka dan dimasukkan dalam syurga Allah yang penuh dengan pelbagai nikmat yang luar biasa, yang terkadang tidak tergambar oleh akal fikiran manusia semasa hidup di dunia.

Justeru, apabila kita lihat beberapa istilah dalam al-Quran, menggambarkan kepada kita bahawa orang lelaki juga tidak kurang menjadi penghuni neraka. Ini berdasarkan keterangan al-Quran seperti istilah ‘Ashabun Nar’ (ahli neraka), al-Kafirun, al-Fasiqun, al-Munafiqun, az-Zolimun dan juga istilah yang disebut oleh baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam seperti golongan ‘dayus’, peminum arak dan anak-anak derhaka.

Apa yang menarik perhatian dalam isu yang ingin dibangkitkan di sini ialah golongan dayus seperti yang ditegaskan dalam sebuah hadis baginda. Ramai daripada kalangan umat Islam hari ini tidak menyedari bahawa mereka boleh termasuk golongan yang dayus dan tempat golongan ini di akhirat tidak lain adalah neraka.

Siapa Golongan Dayus..?

Mengapa neraka bagi golongan dayus? Golongan dayus ini sama ada seorang ayah yang membiarkan anak-anak gadis mereka keluar rumah tanpa mengenakan pakaian yang menutup aurat dengan sempurna begitu juga seorang suami yang membiarkan isterinya mendedahkan aurat seperti tidak memakai tudung kepala hingga di bawah perhiasan mereka.

Termasuklah membiarkan pembantu rumah di kalangan wanita asing yang dibiarkan tidak menutup aurat, maka suami tadi tidak berhak masuk syurga kerana membiarkan isteri dan pembantu rumahnya tidak menutup aurat seperti yang ditegaskan oleh al-Quran.

Peristiwa wanita ke neraka pada malam Mikraj

Sayidina Ali Karamallahuwajhah berkata: Continue reading ‘Israk Mikraj : Golongan Lelaki Dan Wanita Ahli Neraka’

03
Nov
09

Hukum Jual Beli Lepas Azan Jumaat

بسم الله الرحمن الرحيم

Suasan Biasa Menjelang Solat Jumaat

Ini isu yang telah lama dan berulangkali diperjelaskan namun, bagi mereka yang sekadar tahu atau buat-buat tak tahu, renungkanlah apa hasil dan kesannya ke atas diri kita..

http://qhazanah.wordpress.com

BERJUAL BELI SELEPAS AZAN JUMAAT (Al Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman)

SUDAH menjadi kebiasaan, disebabkan hari Jumaat adalah hari kerja di Malaysia, lelaki yang berkerjaya terkejar-kejar mengambil waktu rehat tengah hari untuk makan serta menunaikan solat fardu Jumaat.  Namun, ketika itu, ramai yang tidak sedar setiap minggu, mereka mungkin membeli makanan yang berulamkan dosa.

PENGHARAMAN JUAL BELI SELEPAS AZAN DI HARI JUMAAT
Solat Jumaat adalah wajib hanya ke atas lelaki baligh dan bukan wanita. Justeru, setiap urus niaga di antara wanita dengan wanita selepas azan pertama atau kedua dikumandangkan pada hari Jumaat adalah sah dan harus.

Ia tidak termasuk di dalam perbincangan ulama dan bukan pula fokus artikel ini. Ia adalah satu keharusan yang disepakati oleh keempat-empat mazhab terbesar dalam Fiqh Islam.

Demikian juga halnya bagi mereka yang tidak wajib solat Jumaat kerana sebab lain seperti sakit, musafir dan sebagainya.

Perbincangan hukum hanya berkisar kepada lelaki, sama ada peniaga, pembeli atau kedua-duanya sekali yang sihat, baligh selain tidak bermusafir.

Asas hukum adalah dari surah Al-Jumaat ayat 9: Continue reading ‘Hukum Jual Beli Lepas Azan Jumaat’

19
Okt
09

Qhazanah Bertambah M.A.N.T.O.P..!

Ingin tahu keistimewaan intipati Qhazanah..? Sila klik [DI SINI]

Promo Qhazanah

Info Popular Qhazanah..

Apa Hukum Anda Sambut Valentine & Hadiahkan Atau Jual Bunga Kerananya..

Benarkah Hantu Dan Bolehkah Roh Kembali

Benarkah: Batu Terapung Dalam Peristiwa Isra’ Mikraj

Isra’ Mikraj : Golongan Lelaki & Wanita Ahli Neraka

Al Hadith Hari Ini : Tidur Dan Sunnah

Hukum Jual Beli Lepas Azan Jumaat

TIPS : Elak Histeria

Senarai Pengedar Qhazanah

Kenali Qhazanah, Cintai Qhazanah

Qhazanah : Jengah Dan Sebarkanlah

Al Hadith Hari Ini – Episod 1 : Memulakan Hari Baru

PANAS – SAMBUTAN LUAR BIASA -

 




09
Sep
09

Aku Dalam Operasi Memburu Malam Al Qadr

Ingin tahu keistimewaan intipati Qhazanah..? Sila klik [DI SINI]

Qhazanah Al Qadr

Salamun’alaik..

Syukur ke hadrat Allahurabbi yang masih memberi keizinan meminjamkan modal kepada kita untuk meneruskan amalan sebagai hambaNya sementara menanti masa untuk dimatikan dan direhatkan di dalam kubur dan dihidupkan semula untuk dihitung amalan-amalan sepanjang bergelar manusia yang beragama Islam..

Terima kasih kepada kalian para sahabat yang terus memberi sokongan dan doa agar perjuangan ini dapat diteruskan lagi.. Tak juga lupa buat sahabat dan teman seperjuangan Al Ustaz Zamri Zainuldin yang terus memberi sokongan kepada usaha murni ini..

Semoga Allah merahmati usaha ini..

Satu persoalan.. Continue reading ‘Aku Dalam Operasi Memburu Malam Al Qadr’

14
Ogo
09

Al Ustaz Muhammad Asri Ibrahim Dalam Kenangan: Pergi Tidak Kembali Lagi

Olahan Oleh: A.A

New

Ustaz Asri Dlm Kenangan..

Al Ustaz Muhammad Asri Ibrahim Rabbani Kembali Ke Rahmatullah

Seorang teman memaklumkan kepada penulis, satu berita yang merentap air mata untuk menitis dengan tiba-tiba.. Umpama terpana dilibas halilintar..! Dunia dakwah tanahair terpaku sebentar.. Bagaikan masa benar-benar berhenti tatkala mendapat berita kepulangan pendakwah kesayangan ramai ini ke rahmatullah..

Posisi beliau mencakupi dari segala sudut..

Seorang hamba Allah, seorang anak, seorang suami, seorang bapa, seorang ulama, seorang pahlawan nasyid dan ahli perniagaan juga vokalis utama kumpulan Rabbani, Al Ustaz Muhammad Asri Ibrahim (Ustaz Asri) meninggal dunia semasa terlibat dalam aktiviti rakaman di RTM pada hari Khamis 13 Ogos 2008 bersamaan 22 Syaaban 1430 hijrah kira-kira jam 11.15 pagi.

Al Ustaz Asri rebah ketika terlibat dengan program di RTM. Para sahabat bergegas ke arah beliau dalam keadaan amat terkejut. Beliau dikejarkan ke Hospital Pantai sejurus itu.

Bagaimana pun beliau disahkan telah menghembuskan nafas terakhir sejurus selepas rebah ketika itu.

Pahlawan Nasyid

Ramai yang amat terkejut dengan berita ini. Teman seperjuangan dari kumpulan nasyid Raihan menyifatkan allahyarham Ustaz Muhammad Asri Ibrahim sebagai ‘pahlawan nasyid’ yang sukar dicari ganti.

Che Amran Ibrahim (Raihan) dalam sebak sambil menahan perasaan sedihnya menyatakan “Berita ini sememangnya memeranjatkan kami, sama seperti anggota kami yang telah meninggal dunia dahulu allahyarham Zaiery yang pergi dengan cara mengejut,”. Jelas beliau lagi pemergian vokalis nasyid yang bersuara “emas’  itu amat sukar dicari ganti.

Che Amran menyifatkan Ustaz Asri yang bersuara ‘emas’ sebenarnya merupakan ikon kepada kumpulan nasyid yang ada pada hari ini dan menjelaskan bahawa walaupun Rabbani hanya ditubuhkan pada tahun 1998, namun namanya telah lama terkenal dengan seni irama nasyid sejak sekian lamanya khususnya sewaktu menganggotai Nadamurni.

“Begitu juga ahli anggota Raihan yang ditubuhkan turut mendapat respond yang baik dari allahyarham sendiri, bahkan allahyarham turut memberi saranan supaya perbanyakkan kumpulan nasyid.

“Ianya bertujuan supaya masyarakat turut mendapat hiburan alternatif yang menjurus kepada Islam sebagai mengimbangi lagu-lagu versi lain yang ada pada hari ini,” ujarnya.

Ulama nasyid

Kali terakhir bertemu dengan allahyarham dua malam lalu untuk berbincang tentang program nasyid yang bakal diadakan bersama selepas ini.

Anggota Kumpulan Hijjaz, Isman Hisyam, 40, menyifatkan allahyarham sebenarnya seorang ulama yang masyhur dalam nasyid.

“Walaupun kita nampak dia bernasyid, tetapi sebenarnya dia seorang ulama bahkan tempat anggota kumpulan nasyid membuat rujukan khususnya tentang Islam,”ujarnya.

Beliau yang kini berada di Kota Bharu untuk promosi Kopi Hijjaz, bagaimanapun melahirkan rasa terkilan sebab tidak dapat pulang menziarahi allahyarham buat kali terakhir kerana masaalah tiket penerbangan telah habis. Image

Menurutnya, semua tiket sama ada MAS, Firefly, Air Asia kesemuanya habis untuk penerbangan hari ini.

Jelas Isman lagi, beliau amat terkejut dengan berita yang baru diterima apabila salah seorang anggota Kumpulan Rabbani ‘Azadan’ menghubunginya memberitahu Asri sudah meninggal dunia.

“Kami macam adik beradik walaupun berlainan kumpulan sebab kumpulan nasyid mana-mana pun menuju ke arah yang sama iaitu membawa manusia ke jalan yang benar serta sentiasa mengaggungkan Allah,” ujarnya.

Tambahnya, lagipun kumpulannya sentiasa merangkakan program bersama khususnya rakaman ‘zikir’ bersama Rabbani.

Sehubungan itu, beliau menyeru semua peminat Rabbani khususnya umat Islam mendoakan kesejahteraan allahyarham agar mendapat limpahan rahmat yang tidak perbah putus.

“Kami juga berharap semua peminat seni nasyid tanah air supaya bersabar menerima berita yang begitu menyentuh jiwa ini,”ujarnya yang tidak dapat menahan sebak.

Untuk rekod, salah seorang anggota Hijjaz, iaitu Salleh telah meninggal dunia akibat masalah paru-paru, ianya diikuti dengan anggota kumpulan Raihan, Zaery meninggal dunia akibat serangan jantung beberapa bulan selepas itu.

Juara ABP lapan tahun berturut-turut

Ustaz Asri dilahirkan pada 3 Ogos 1969 di Klang, Selangor.

Beliau menyertai kumpulan nasyid terkenal itu sejak ia ditubuhkan secara rasmi pada 1 Mac 1997 dengan dianggotai oleh sembilan orang termasuknya.

Kehilangan Asri kini bermakna hilanglah tunjang Rabbani memandangkan arwah banyak menyumbangkan kemajuan prestasi dan memberikan kejayaan kepada Rabbani.

Atas kejayaan itu, maka tidak hairanlah jika Rabbani dijulang sebagai Penyanyi/Artis Nasyid Popular di Anugerah Bintang Popular (ABP) selama lapan tahun berturut-turut.

Kemunculan Rabbani yang turut dianggotai oleh Mohd. Asri Baidul @ Ubaidullah, Azadan Abdul Aziz, Muhammad Luqman Abd Aziz, Muhammad Rithauddeen Yaakob, Mohamad Afandi Shahbudin, Ahmad Shafie, Nazrul Azhar Tamrin dan Zulkiflee Azman ini adalah dengan konsep yang tersendiri.

Dalam tempoh lebih 12 tahun berada dalam industri ini, Rabbani telah menghasilkan 19 buah album seperti ‘ARAH Dari Mana Ke Mana’ (1997), ‘Pergi Tak Kembali’ (1999), ‘Intifada’ (2000), ‘Yalla Beena’ (2004) dan yang terbaru, ‘Nostalgia Nada Murni’.

Jemaah MiM merasakan kehilangan tenaga dakwah atas pemergian Allahyarham Al Ustaz Muhammad Asri Ibrahim. Salam takziah dari pihak MiM buat ahli keluarga, para sahabat dan teman Allahyarham. Kami mendoakan semoga usaha dalam mengimbangi dakwah dalam dunia seni terus disambung perjuangan ini oleh kalian..

Luangkan seminit untuk Allahyarham lafaz Al Fatihah..

Al Fatihah..

Topblogs @ iLuvislam

28
Jul
09

Jejak Lailatul Qadar Di Makkah, Ramadhan Ini Bersama Ustaz Zamri

New

Daftar Sekarang C.E.P.A.T..!!

Daftar Sekarang C.E.P.A.T..!!

“Sesungguhnya Kami telah menurunkan (al-Quran) ini pada malam al-Qadar. Menurut pengetahuanmu, apakah yang kebesaran yang terdapat pada malam al-Qadar itu? Malam al-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan izin Tuhan mereka kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlaku pada tahun berikutnya). Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar.” – Surah Al-Qadr: 1-5.

“Apabila datang bulan Ramadan, kerjakanlah umrah kerana sesungguhnya umrah pada bulan Ramadan adalah menyamai haji.” – Hadis riwayat Al-Bukhari

Sempena Ramadhan yang akan tiba, pihak MiM ingin mengajak umat Islam sekalian ke tanah suci bagi menunaikan Umrah akhir  Ramadhan 1430H. Jemaah sekalian akan perolehi:

*Tips mencari Al Qadar

*Penyucian Jiwa

*Soalan & Kemusykilan

*Iktibar Dari Makkah ke Madinah

dan banyak lagi..

Tarikh bagi pakej umrah bersama Ustaz Zamri adalah seperi berikut;

6hb September hingga 19 September 2009.  / 15 hari 13 malam /

Penerbangan:

Qatar Air

Harga Pakej:

RM8,555 bagi 4 jemaah sebilik.

Penginapan Hotel:

Makkah           : Aber Garden – 250m dari masjid

: Royal Sultan – 300m

Madinah          : Fayroz – 50m @ setaraf

Atau jemaah sekalian boleh memilih tarikh pakej umrah Ramadhan yang lain adalah seperti berikut;

Awal Ramadhan

18hb Ogos hingga 1hb Sept 2009 / 14 hari 12 malam / Harga pakej RM7,600 /4 jemaah sebilik / Penerbangan Jordan Air.

Pertengahan Ramadhan

27hb Ogos hingga 8hb Sept 2009 / 14 hari 12 malam / Harga pakej RM7,790 / 4 jemaah sebilik / Penerbangan Saudi Air.

Pertengahan Ramadhan

1hb Sept hingga 13hb Sept 2009 / 14 hari 12 malam / Harga pakej RM8,090 / 4 jemaah sebilik / Penerbangan Saudi Air.

Akhir Ramadhan

8hb Sept hingga 21hb Sept 2009 / 15 hari 13 malam / Harga pakej RM9,550  / 4 jemaah sebilik / Hijjaz Palace, Penerbangan Saudi Air.

Akhir Ramadhan

9hb Sept hingga 22hb Sept 2009 / 15 hari 13 malam / Harga pakej RM8,990 / 4 jemaah sebilik / Penerbangan Saudi Air.

Akhir Ramadhan

10hb Sept hingga 23hb Sept 2009 / 15 hari 13 malam / Harga pakej RM8,990 / 4 jemaah sebilik / Penerbangan Saudi Air.

NOTA:

Harga pakej umrah termasuk cukai. Tertakluk kepada perubahan pada harga tiket penerbangan, surcaj minyak dan cukai.

Jika ada sebarang perubahan di luar bidang kuasa kami, jemaah akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

(Klik di sini untuk memuat turun borang pendaftaran umrah.)

Tarikh akhir untuk proses VISA adalah 12 Ogos 2009.

HUBUNGI 013 – 2038 102 SEKARANG

Topblogs @ iLuvislam

26
Jul
09

Jom Ziarah Maya Ke Masjid Al Aqsa Dan Qubbatul Sakhra Di Palestine

New

Bismillah

Jom Ziarah..!

Jom Ziarah..!

Salamun’alaik..

Tanah suci ketiga umat Islam yakni Baitulmaqdis selepas Makkah dan Madinah ini, sehingga hari ini terus menjadi rebutan kaum Kristian dan Yahudi dari tangan umat Islam di sana..

Teruskan usaha sokongan dan doa semoga Allah terus memberi kemenangan kepada umat Islam di sana..

Jika artikel sebelum ini, ana menjelaskan gambaran sebenar akan Batu Terapung kepada antum sekalian, kali ini ana ingin terus ingin membawa antum sekalian menziarahi Masjid Al Aqsa dan Masjid Kubah Batu (Qubbatul Sakhra)  secara maya..

Kali ini, antum semua boleh melihat keadaan masjid-masjid ini di sana dan juga yang istimewa ialah;

Menziarahi rupa bentuk sebenar keadaan di bawah Batu Terapung seperti yang dijelaskan oleh Al Imam Abu Bakar Ibnu ‘Arabi, Dato’ Dr. Haron Din dan pengalaman Ummi Latifah juga Bonda beliau di sana. Penjelasan mereka boleh di lihat melalui komen mereka melalui artikel [ BENARKAH : Batu Terapung Dalam Peristiwa Isra' Mikraj Di Palestine ] yang lalu.

Untuk sampaikan atau kemukakan (foward) berita ini kepada kenalan yang lain sila salin dan tampal (copy & paste) keterangan di bawah ini ( ke e-mail, mesej tagged, friendster dan lain-lain ) bermula tanda ** dan berakhir dengan tanda ** seperti di bawah:

**Salamun’alaik..

Nak tahu keadaan sebenar dan rupa dalaman Masjid Al Aqsa, Qubbatul Sakhra yang di bawahnya terdapat Batu Terapung serta yang juga istimewa, rasai pengalaman melihat keadaan di bawah Batu Terapung seperti yang sering kita dengar dalam peristiwa Isra’ Mikraj..?

Jemput ziarah;

http://qhazanah.wordpress.com/2009/07/26/jom-ziarah-maya-ke-masjid-al-aqsa-qubbatul-sakhra-di-palestine/

Tlg foward dlm buletin atau mesej antum semua ya..

Salam Ziarah dari Bumi Palestine..**

Bersama ini ingin ana kongsikan bersama para tetamu Qhazanah, untuk menziarahi secara maya melalui ruangan 3D 360 darjah..! InsyaAllah antum sekalian akan terpesona dengannya.. Continue reading ‘Jom Ziarah Maya Ke Masjid Al Aqsa Dan Qubbatul Sakhra Di Palestine’




Undi Qhazanah : Syukran..!

Topblogs @ iLuvislam

Dan Qhazanah Pun Berlalu

Memperkenal dan memperjuangkan program Memartabatkan Amalan Pemakanan Sunnah [MAPS] dan Semarak Mencintai Sunnah [SMS] sejak hampir 10 tahun yang lalu.

Kini dengan produk Qhazanah gabungan 10 gabungan makanan sunnah, melalui MAPS, SMS mula disemai dalam kembali mengenali sunnah dan tuntutannya ke atas kita umat baginda Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam pada hari ini.

Terima kasih kepada teman seperjuangan Al Ustaz Zamri sebagai Duta MiM.

Terima kasih juga atas sokongan dan doa kalian yang tak putus kunjung selama ini..

Hits Ziarah Qhazanah

  • 117,933 Pengunjung

Dari Serata Dunia

free counters

Mutiara Qhazanah

Jemput Berjemaah

Ahlan Wa Sahlan Ya Khaira Ummati

 

Mei 2012
J S A I S R K
« Feb    
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Peti Qhazanah


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.