17
May
09

Tingkatkan Daya Melawan Penyakit Dalam Diri Anda..!!

AA-qhazanah-admin

Apa Khabar Badan Anda Hari ini..?

Diolah Oleh : A.A

بسم الله الرحمن الرحيم

Dalam isu suhu cuaca yang panas dan kering kebelakangan ini, seluruh dunia mula dalam keadaan gusar akibat serangan pelbagai jenis wabak penyakit yang menular ke seluruh dunia..

Benarkah Tubuh Anda Tinggi Daya Melawan Penyakit..?

Benarkah Tubuh Anda Tinggi Daya Melawan Penyakit..?

Dari AH1N1 yang kini telah dikenalpasti menapak di Malaysia dan meragut nyawa sehingga 11 orang semasa artikel ini dikemaskini..

(Berita awal Selsema Babi )

Lagi berita maut Selsema Babi / Swine Flu / Influenza AH1N1, klik di sini.

(Ada lagi)

( Korban Selsema Babi Meningkat Mangsa Ke 8 – Klik )

(Selsema Babi ragut 3 Nyawa Dalam 1 Hari – Klik)

(Selsesema Babi Di Sana Sini – Klik)

Dengan tahap kesedaran rakyat Malaysia yang masih lagi di takuk lama, ia kini seolah-olah menjadi igauan ngeri yangmana tidak mustahil ia mampu merebak dengan lebih luas lagi seandainya tahap kesedaran ini tidak dipulihkan. Kini dengan masalah demam denggi yang tiada kesudahan, meningococcal meningitis, penyakit tangan kaki dan mulut  dan pelbagai lagi yang mula mendapat perhatian penasihat kesihatan.


Rakyat Malaysia masih lagi menganggap adalah tidak penting atau bukan suatu kemestian untuk membelanjakan wang demi memastikan kesihatan sekeluarga terjamin. Terutama kaum Melayu. Melayu Islam..

Wabak penyakit pada hari ini lebih mudah merebak kerana pertemuan sesama manusia kini semakin mudah dan singkat kaedahnya. Pelbagai produk berada di pasaran dalam memberi pilihan untuk meningkatkan kesihatan.

Adakah anda sedar dan sedia maklum akan tahap kesihatan anda selama ini..? Mungkin ada yang berkata;

“Alah.. Aku bukannnya senang nak dapat penyakit”

atau

“Bukannya dekat sini pun penyakit tu merebak..”

dan pelbagai lagi alasan lain.

Akan tetapi inilah juga yang sering ditanya oleh mereka yang dijangkiti oleh penyakit;

“Pelik.. Saya ni jenis yang susah nak dapat sakit, demam pun jarang-jarang, tetiba je dapat penyakit ni…?”

atau

“Entah macamana la aku dapat penyakit ni, tak pasal-pasal je sakit..”

Sediakan payung sebelum hujan. Ya, penyakit turun dengan izin Allah, akan tetapi kita dituntut untuk memperkuatkan tubuh badan kita dalam menghadapinya. Ini bukan satu promo agar anda membeli produk kesihatan di halaman sesawang ini sahaja akan tetapi ia merupakan suatu tuntutan Islam. Islam mencintai kesihatan yangmana kesihatan itu juga mampu membina ruang ibadah yang lebih baik.

Jangan sampai dah sakit baru terfikir kenapa tak cegah sejak dulu..

Jangan sampai dah sakit baru terfikir kenapa tak cegah sejak dulu..

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda “Allah lebih menyayangi orang Mu’min yang kuat daripada orang Mu’min yang lemah” (Riwayat Muslim).

Juga sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam “Dua nikmat agung yang diabaikan kebanyakan orang ialah kesihatan dan masa lapang.” (Riwayat Bukhari, Tirmidzi dan Ibn Majah)

Namun begitu, bukankah mengamalkan pemakanan sunnah seperti petua Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam merupakan suatu yang menjadi keutamaan kita sebagai umat baginda..? Banyak kupasan dari Al Quran akan kelebihan makanan-makanan yang digabungkan seperti di dalam produk Qhazanah. Begitu juga petua baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam mengenai makanan-makanan ini yang mampu menjana kesihatan yang cemerlang.

Makanan-makanan yang terdapat dalam Qhazanah seperti Madu Asli, Air Zam-Zam, Kurma Ajwah, Buah Kurma, Buah Delima, Buah Tinn, Buah Zaitun, Buah Kismis, Habbatus Sauda dan Za’fran sudah terpahat dalam sejarah Islam akan kecemerlangannya dalam menjana kesihatan dan ia diakui oleh cendekiawan Islam dan pakar kesihatan seluruh dunia samada Muslim dan bukan Muslim.

Rugi seandainya ia diperakui dan diamalkan oleh golongan bukan Islam dan tidak diberi perhatian oleh umat Islam sendiri. Anda sendiri bagaimana..?

Peliharalah kesihatan demi Allah Subhanahu Wata’ala. Pohonlah kesihatan dari-NYA agar kita dapat menunaikan tanggungjawab sebagai hamba-NYA dengan cemerlang di dunia dan di akhirat. Membelanjakan sedikit wang untuk tujuan kesihatan juga merupakan satu pelaburan untuk dunia dan akhirat. InsyaAllah..

Untuk ketahui khasiat dan zat Qhazanah seperti yang dijelaskan dalam Al Quran dan Al hadith sila rujuk; https://qhazanah.wordpress.com/2009/05/12/qhazanah/

P/S: Jangan lupa tanya pada diri kita sendiri : “Aku pula bagaimana..? Bila nak mula jaga kesihatan..? Atau nak tunggu sakit datang dulu..?”

Jika anda rasa artikel ini memberi info yang bermanfaat sila undi dengan klik;

Topblogs @ iLuvislam

Juga, sudi-sudilah beri komen membina di bawah yea.. Syukran jazilan, wassalam..


2 Responses to “Tingkatkan Daya Melawan Penyakit Dalam Diri Anda..!!”


  1. 1 oney
    Mei 20, 2009 at 7:46 am

    Waalaikumsalam.

    Iya benar.
    Qhazanah adalah blog Tuan.
    Maaf kerana menjengah sebelum ini tanpa salam.

    Wasalam.

    • Mei 20, 2009 at 12:36 pm

      Tiada apa2 kesalahan yang perlu dipohon kemaafan.. Terima kasih atas kesudian menziarahi halaman sesawang ana yg tidak seberapa ini.. Salam ukhwah.. Semoga usaha kita meraih kasih sayang Allah..


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


LIKE QHAZANAH DI SINI

Info Qhazanah..

Memperkenal dan memperjuangkan program Memartabatkan Amalan Pemakanan Sunnah [MAPS] dan Semarak Mencintai Sunnah [SMS] sejak hampir 15 tahun yang lalu.

Kini dengan produk Qhazanah gabungan 10 gabungan makanan sunnah, melalui MAPS, SMS mula disemai dalam kembali mengenali sunnah dan tuntutannya ke atas kita umat Baginda Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam pada hari ini.

Terima kasih juga atas sokongan dan doa kalian yang tak putus kunjung selama ini..

WhatsApp ke (+6) 013 2038 102 untuk kiriman Qhazanah terus ke alamat anda..!

Hits Ziarah Qhazanah

  • 305,755 Pengunjung

Dari Serata Dunia

free counters

Ahlan Wa Sahlan Ya Khaira Ummati

Mei 2009
F S S M T W T
« Apr   Jun »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  

Peti Qhazanah


%d bloggers like this: