15
Jun
09

Al Hadith Hari Ini – Episod 1 : Memulakan Hari Baru

AA-qhazanah-admin Episod 1 :  Memulakan Hari Baru

Diolah Oleh : A.A

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Al Hadits Amanah

Daripada Abu Said Al Khudri Radiallahu Anhu, Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda: “Sesungguhnya dunia adalah manis dan indah. Allah telah menjadikan kamu sebagai khalifah di dunia. Lalu, Allah melihat bagaimana kamu beramal.” (Riwayat Muslim)

Memulakan hari yang baru adalah merupakan suatu hadiah daripada Allah Subhanahu Wata’ala selepas membangunkan kita daripada tidur samada dalam keadaan yang sihat wal’afiat atau kurang sihat. Maka sejurus bangun dari tidur adalah suatu kewajipan kita sebagai khalifah Allah Subhanahu Wata’ala untuk memanjat kesyukuran apabila sedar daripada tidur dengan berdoa seperti yang dijelaskan di ruang lalu ( Tidur Dan Sunnah ).

InsyaAllah di dalam ruangan ini kita akan kongsi bersama akan pesanan, amalan dan doa yang dirakam dalam qhazanah sunnah Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam untuk membina laluan hidup yang lebih murni sebagai hamba Allah Subhanahu Wata’ala.

Sebelum penulis teruskan olahan hari ini, mari kita renungkan dahulu akan kenyataan atau realitinya kehidupan individu biasa di bumi Malaysia hari ini. Ramai di antara kita yang meneruskan rutin harian adalah demi untuk menyara keperluan hidup sama diri sendiri atau keluarga. Islam tidak terhenti setakat itu sahaja kerana kita semua akan dimatikan dan dihidupkan semula serta segala amalan kita di atas bumi ini akan ditimbang tara. Di sanalah buku lejar kita yang merakamkan segala aksi tindak-tanduk kita di atas muka bumi ini akan dikupas dan disaksikan oleh diri kita sendiri serta pada masa itu tiada suatu bahagian pun dari diri kita yang boleh membela nasib kita ’di sana’ nanti melainkan amalan kita semasa hidup. InsyaAllah, bab ini akan dikupas sedikit hari nanti, doakan agar ana dapat menunaikannya..

Baiklah, penulis ingin mengajak para sahabat pembaca sekalian meletakkan diri pembaca pada suatu posisi untuk mengenangkan kembali apakah rutin harian kalian selama ini. Jika boleh catat sedaya mana yang ingat. Untuk lebih mudah, ambil masa dari mula bebas dari tanggungjawab ibubapa (bagi yang masih dalam tanggungan ayah dan bonda sila cuba sejak dari baligh lagi dan bagi yang masih belum baligh lagi cuba dari sejak mula bersekolah).

Seperti pesan Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam di atas ‘Allah melihat bagaimana kita beramal’.

Secara kasar mari kita imbas semula dan ini adalah kebiasaannya menurut kajian penulis ( bagi yang lain mungkin anda adalah golongan ’luar biasa’), dan mungkin bahasa pasar yang digunakan di bawah kurang selesa bagi sesetengah pembaca (atau terlalu selesa bagi anda yang lain).

Mulakan Hari Anda Sebagai Orang Baru

Mulakan Hari Anda Sebagai Orang Baru

Yang Biasa Dalam Hidup Kita

Dewasa:

  1. Bangun awal pagi sebelum Subuh. Bergegas siap nak pergi kerja awal. Ada yang bangunnya lewat akibat penangan siaran idola di kaca tv, tonton wayang, siaran langsung atau tak langsung bola, chat di internet bagi yang ada, bagi yang tiada, chat di tv..? ( “satu sms RM0.50, okay la tu ustaz”..)
  2. Bagi yang ada kenderaan keluar awal sebab nak elak jem atau tak mahu lot parking di LRT atau komuter penuh. Bagi yang tiada kalau boleh nak dapat tempat duduk dalam bas atau komuter atau LRT, tak mahu bergayut pada palang di dalamnya. Atau naik teksi awal pagi caj meter tak tinggi sepertimana cajnya tinggi dan bertambah-tambah masa jalan dah jem. Yang lewat, bangunnya umpama disambar petir, keterkejutan kerana jam loceng tidak kedengaran. Mulalah serabut dan seribut bersiap sekelam kabut yang boleh untuk kaki memijak bumi di luar sana.
  3. Bagi yang solat Subuh di rumah, keluar selepas Subuh. Bagi yang keluar sebelum Subuh, solat Subuh berhampiran tempat kerja (biasanya lewat). Bagi yang lain beri alasan tak solat Subuh, sebab nanti masuk kerja lewat punch kad warna merah. Atau dah biasa tak solat pun memang ramai.
  4. Yang ada telefon bimbit atau kenderaan, dengar radio, apa cerita DJ dan kawan-kawan makan daging orang hari ini walau buka topik macam nak bincang tapi jadi topik sumpah seranah, umpat dan ‘men*tuuut*’ dengan kata-kata kesat pun ada. Kita pun mula seronok dengar nak setuju untuk dengar. Yang lain pilih radio yang ada kuliah ilmu atau ceramah agama untuk tambah ilmu di dada dan lebih tenang dan aman daripada lagu-lagu ‘pembesit telinga’ yang kononnya untuk menyegarkan pagi hari.
  5. Yang dah rasa yang dia ni lewat ke tempat kerja, pandu kenderaan macam pelesit. ’Cilok’ sana-sini, lampu hijau dia jalan, lampu kuning dia laju, lampu merah dia langgar. Yang tunggang motor, bab libas cermin pandang sisi kereta orang lain tu kira ’standard’(“Apa la ustaz, saya part-tima pelesit rempit hujung minggu la, memang itu la cara saya bawa motor..”) Yang naik bas atau komuter atau LRT bertegas tak mahu serah tempat duduk walau pada orang tua, ibu hamil atau yang ada bayi (“Ala ustaz, bukan senang nak dapat tempat duduk tu.”). Sampai stesen perhentian masing-masing mula bergegas, jalan macam dikejar hantu. Ada orang minta derma, mula datang rasa marah sebab minta derma masa awak tengah kejar waktu.
  6. Yang perokok pula tak kira masa dan tempat. Dia tak ambil peduli kiri dan kanan. (“Rokok aku yang punya, duit aku..“ ). Asap dari mulut dan rokoknya singgah pada orang, dan mula memberi kesan tidak selesa langsung lagi melahirkan perasaan marah pada perokok. Masa memandu, masa menunggang motor, masa naik teksi atau bas (“Alaa.. Driver pun merokok..? Kami pun apa lagi..“ ) di stesen komuter dan LRT ada juga yang tak ambil peduli.. Itulah sahur dan sarapan si perokok.. Rokok.
  7. Yang sampai awal tempat kerja, sempat sarapan sambil tunggu kenalan. Mula buka tajuk cerita. (Macam-macam ada). Yang merokok sambung lagi.
  8. Yang sampai lewat, kalau sekali sekala rasa lega boss tak panggil. Tapi yang dah selalu sangat perekod masa masuk kerja warna merah, dah mula datang marah dan benci sambil fikir apa nak menjawab dengan supervisor atau boss.
  9. Yang datang awal, mula buat kerja macam biasa. Cuma sambung apa cerita semalam atau tempohari sebelum cuti atau sebelum dapat ’MC’. Sambung semula. Tapi akhirnya setakat lepas batuk kat tangga. Tiada apa pun yang perlu diheboh. Setakat seronok bergosip. Yang lain sebaik mungkin cuba cari rezeki yang barakah.
  10. Di dunia ini ‘bodektologi ’ perkara biasa, kalau nak maju dengan segera. Kipas tak ada, towel good morning pun boleh apa..?
  11. Bagi yang datang lewat mula kerja dengan tekanan atau stress. Perasaan tak puas hati cukup meninggi sebab ditegur atas kelewatan. Mula cop supervisor atau boss sebagai minyak dan dirinya sendiri air yang tak boleh bercampur.
  12. Masuk waktu, (bukan waktu solat) mula fikir nak minum apa dan makan apa sebab sarapan tadi tak kenyang. Jadi jam 10.00 pagi, mula curi-curi keluar.
  13. Dah kenyang dan masa yang banyak berlalu, masuk ofis atau ruang kerja semula dan sambung buat kerja atau buat-buat ada kerja. Mula kira masa, bila nak masuk masa rehat makan tengahari.
  14. Masa makan tengahari pun tiba. Dengan cergas keluar dari pejabat atau ruang kerja meluru ke kantin atau makcik payung.
  15. Sambil makan buka cerita (sambung yang tak habis) dan apa rancangan nak buat esok hari atau cuti hujung minggu dengan kenalan. Bagi yang ada keluarga awal-awal bangkang. Malas nak keluar, dah fikir nak lelap untuk ‘qadha’ tidur.
  16. Yang dan, bergegas ambil masa untuk jemput anak dari sekolah dan hantar balik rumah atau taman asuhan. Yang lebih duit, berlari pergi ’shopping’ sementara masa rehat masih ada.
  17. Waktu rehat tamat, tapi masih ramai yang tak tiba di ruang kerja masing-masing. Yang dah tiba mula rasa letih, lemah nak sambung kerja.
  18. Yang lewat masuk tersipu-sipu tanya supervisor atau bos ada atau tidak, nak melegakan diri dengan berharap mereka belum tiba atau dah keluar.
  19. Masuk waktu Zohor, bagi yang sedar dan patuh terus ke masjid atau surau untuk menunaikan tanggungjawab sebagai umat Islam. Juga masih ada yang sedar waktu solat dah masuk tapi buat-buat tak sedar atau dah biasa tak menyedarkan diri. Bagi satu lagi golongan, masa Zohor panjang lagi, biarlah dahulu.
  20. Masa berjalan diiringi perasaan letih dan mengantuk. Lalu malas mula menyerang dan akhirnya mula ke surau tapi bukan kerana niat nak solat tapi nak.. (dah tahu kan..) Kalau tak di surau, mencelah lah di mana-mana pun boleh. (Ala ustaz.. kerja saya ni berat la ustaz.. takkan tak boleh tidur dulu.. kan ada hadis..)
  21. Masa Zohor terus berlalu.. Kerja yang ada (yang sebenarnya tak ada sangat) (yang betul-betul ada memang sibuk) hendak disiapkan juga sebelum tamat waktu bekerja. (“Sekejap lagi la Zohor, ada sikit masa lagi..”)
  22. Jam dilihat semakin maju ke pukul 5 tanpa menyedari Zohor sudah meninggalkan kita dan ‘Asar dah mengganti waktu. (Eh..? Aku tak solat Zohor.. Kena qadha la jawabnya..) Bagi yang dah biasa tak solat ( “Hmm.. kejap lagi boleh gerak..” )
  23. Tiba masa pulang, ramai mula berpusu-pusu meninggalkan ruang kerja dan dalam kepala macam-macam yang keluar (“Nak jemput isteri, anak, jalan jem ni tak sudah-sudah, kereta depan ni jalan terhegeh-hegeh, lampu merah ni lama sangat, polis trafik ni lagi, Komuter ni asyik penuh je, LRT ni lambat, apasal la ramai sangat ni, macam-macam bau ada dalam bas ni..”) dan lain-lain. Yang lain terus belajar bersabar..
  24. Yang sempat, solat ‘Asar di tempat bekerja. Yang tak sempat pula, singgah kat mana-mana surau atau masjid. Tunai kewajipan. Yang buat-buat tak sempat atau tak sempat memanjang pula, sampai ke sudahnya ‘Asar berlalu.
  25. Ada yang berasak-asak dan sangkut dalam jem hingga Maghrib (juga ke Isyak). Macam tadi juga mana-mana yang pegang teguh akan cari jalan macam mana nak solat, yang lain cari jalan supaya tak perlu solat atau tak payah sebab memang tak pernah ambil peduli bab solat.
  26. Sampai rumah dalam keadaan yang letih dan marah dari pagi hingga la ke petang yang panjang dengan jemnya. Anak-anak tak boleh bermanja sebab kepanasan dan keletihan.
  27. Makan malam ada masakan segera memanjang. Paling koman (common) pun bungkus tom yam (Hish..! Mana ada ustaz.. Mana mampu.. Cek Gi adalah..). Cukup bulan pening kepala, ke mana duit menghala. Gaji nak tinggi, kerja nak semudah kata.
  28. Malam di rumah, layan la televisyen dahulu bagi melupakan kepenatan sepanjang hari hinggakan solat yang lima, hari-hari sekiannya basi.
  29. Masuk tidur dengan penuh perasaan ketidakpuasan kerana nak menghadap esok, satu hari lagi perlu mengulang rutin harian.
  30. Tidur macam pari di lautan, melekap ke tilam tapi tidak keruan. Akhirnya Subuh ditinggalkan pergi, ia menjadi saksi ulangan, harinya manusia menjadi hamba keduniaan.
Dah Biasa Merangkak Seperti Ini..?

Dah Biasa Merangkak Seperti Ini..?

Pelajar :

  1. Begitu juga yang masih belajar di sekolah, kolej atau universiti. Yang biasa solat Subuh dahulu dah siap sedia ke sekolah awal pagi dengan kerja sekolah yang dah lengkap. Yang lain pula dalam kepala fikir bagaimana nak sampai awal, tapi tak juga, lepas tu fikir apa alasan nak beri pada cikgu atau pensyarah sebab kerja sekolah atau tugasan tak siap tapi tak fikir langsung bab solat Subuh.
  2. Yang sampai awal, sarapan diutama. Banyaknya jangan kira. Yang lewat, dah mula mencari ayat, alasan yang tidak pernahnya tepat. Umpama si dewasa, yang lain semua hampir serupa cuma berbeza usia. Dah terbayang wajah cikgu/pensyarah yang dicop ‘kerek’ mula bertanya, nak beri jawapan serba tak kena.
  3. Masuk ke kelas dengan perasaan bosan dengan si cikgu. Ilmu dah tak melekat akibat hijab tebal yang berbulu. Selagi kelas tak sudah, selagi itu bosannya semakin padu.
  4. Masuk waktu rehat, kantin dituju, macam si dewasa juga ada gosip tertentu. Berkenal-kenalan dengan kawan baru. Boleh menanam cerita atau berpasangan dengan yang baharu. Tujuan asal ke tempat belajar, menjadi beku. Masuk telinga kiri, telinga kanan buang satu-persatu.
  5. Kelas bermula semula. Perut kenyang, ilmu mula tak masuk kepala. Belajar sambil jiwa tak pernah puas menjadi keras.
  6. Ada yang mula mencipta nama. Glamour..? Itu perkara biasa.. Tapi bukan dengan keputusan hasil pembelajaran. Tapi dengan keunikannya bertukar-tukar pasangan..
  7. Masa berlalu dah tidak terhitung dan tiba ke penghujung tahun pembelajaran. Sedar tak sedar.. soalan dalam hati mula timbul.. (“Apa aku dah buat selama ni..?”).
  8. Mula fikir bab kerja, nak keluar rumah, nak duduk rumah bujang, boring duduk dengan orang tua asyik kena bebel aje. Nak cari kebebasan di luar kononnya.

Dan banyak lagi.. Ada juga yang rutinnya berbeza kerana masih belum bekerja, bekerja ikut ‘shift’ dan lain-lain. Itu antara kajian penulis.. Panjang ceritanya kalau nak tulis lebih-lebih lagi. Cukuplah pasal kajian tu. Nanti sambung bab lain pula sebab nak beralih kepada Episod 2 : Memulakan Hari Baru.

Sebut perkataan ‘Mukmin’ ia bukan sekadar siri jenama ubat gigi yang biasa kita guna atau lihat atau dengar. Ciri-cirinya cukup tinggi. Ingatlah:

“Seorang yang beragama Islam BELUM tentu mukmin, akan tetapi seorang hamba yang mukmin SUDAH tentu keIslamannya.”

Di mana sebenarnya permulaan hari bagi seorang yang mengetahui dan mematuhi ciri-ciri sebagai seorang HAMBA. Bukan kepada makhluk, akan tetapi kepada ALLAH yang Maha Memiliki Segalanya.

Ia bermula dengan pengakuan dan kepatuhan kepada apa yang dikenali sebagai Rukun Islam.

Bermula dengan ..?

Jika penulis tanya kepada rakan-rakan sekalian, pasti semua mengaku “dah tahu dah..”

Mungkin dah terlalu panjang lembaran penulis kali ini. Baiklah, bagi yang ingin sambung di lain kali, boleh sambung kemudian. Tapi sebelum itu, buatlah nota dahulu. Terpulang samada nak guna kertas ‘Stick it’ untuk lekat pada monitor atau buat nota pada telefon bimbit dan nak buat ia berdering untuk peringatan. Contoh notanya berbunyi begini : “Sambung baca web Qhazanah: Episod 2 : Memulakan Hari Baru”.

Bagi yang panjang masanya.. boleh terus klik di bawah.

<<SAMBUNG DI SINI..>> (**Sambungan ini akan dikemaskini pada sedikit masa lagi sehingga nota ini pada <<SAMBUNG DI SINI..>> ditiadakan, InsyaAllah**)

P/S: Eh..? Dah catat nota atau belum..? Tunggu apa lagi..? Bertindak sekarang.. Ciri-ciri tangguh-menangguh masih ada lagi dalam diri anda..?


9 Responses to “Al Hadith Hari Ini – Episod 1 : Memulakan Hari Baru”


  1. Jun 16, 2009 at 8:53 am

    Ust,

    salam ziarah.
    mungkin Ust boleh tulis berkenaan 3 ikatan syaitan lakukan pada anak2 Adam semasa tidurnya, dan bila dan bagaimana ikatan2 ini terbuka dengan amalan2 kita spt bila membaca doa bangun tidur, bila berwudu’ dan bila ke masjid utk solat berjemaat subuh.

    minta Ust huraikan, tk

    http://tangsibiru.blogspot.com

    • Jun 16, 2009 at 12:42 pm

      Salamun’alaik..

      InsyaAllah.. Cadangan anta adalah sebahagian daripada pengisian ‘Episod 2 : Memulakan Hari Baru’. Doakan semoga ana dapat beri huraian yang baik, kemas serta boleh menjana perubahan bagi mereka yang dahagakan kasih sayang Allah Subhanahu Wata’ala.. InsyaAllah..

      Jazakallah..

  2. Jun 17, 2009 at 9:41 am

    tk kembali.

    salam dan selamat berdakwah.

    minat juga nak mencuba Qhazanah….

    • Jun 17, 2009 at 9:19 pm

      Afwan..

      Buat antum juga.. Selamat Berdakwah..

      Jemputlah sertai jemaah usahawan MiM untuk mengedar Qhazanah di kawasan antum..

      Para pembaca yang sedang membaca ni, bila lagi nak cuba Qhazanah..?🙂

  3. 5 raihan
    Julai 8, 2009 at 11:17 pm

    Salamun’alaik…
    ust..semasa cuti semester yg lalu..sy bekerja sementara di shoping complex..tiada tempat solat n kebenaran utk solat di situ..tp sy nekad curi2 solat di dalam fiting room..sy tidak memakai telekung..sekadar memakai uniform keje yg menutup aurat..adakah solat sy diterima ustaz..

    sebagai cashier ada masa tertentu..sy terpaksa memegang botol minuman keras..tp sy menggunakan alas sebelum memegangnya..adakah sy masih dikira berdosa ust??

    • Julai 9, 2009 at 11:36 am

      Wa’alaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh..

      Inilah masalah yg jelas timbul di kalangan umat Islam hari ini akan tetapi sekadar senyap dan sunyi tanpa pembelaan malah dibiarkan berlalu hari demi hari dan situasi ini boleh timbul di mana sahaja di muka bumi Malaysia ini..

      “Mencuri Masa”
      Bagi persoalan yang pertama yakni bab hukum ‘mencuri’ masa untuk mendirikan solat.

      Istilah “mencuri masa” hanya dalam bahasa melayu bermaksud mengambil peluang masa yang ada dalam keadaan terpaksa. Namun dari sudut soalan ini, istilah mencuri masa seperti yang dinyatakan tidak wajar diguna pakai. Dalam apa jua situasi, kita mendahulukan perintah Allah ke atas kita hamba-NYA dan menjauhi larangan-NYA sepertimana yang jelas dinyatakan dalam Al Quran;

      “Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu)” Surah Al Baqarah : Ayat 152

      Dinyatakan INGAT kepada Allah bukan sekadar bermaksud ingat bersahaja, akan tetapi ia juga bererti berpegang kepada hukum yang telah disyariatkan ke atas kita sebagai hamba Allah Subhanahu Wata’ala.

      Jika sekadar mengingati akan tetapi tidak berpegang kepada hukum yang mensyariatkan kita patuh, taat dan setia kepada perinta-NYA serta tidak berpegang teguh menjauhi dan meninggalkan segala larangan-NYA maka kita tergolong dalam golongan yang menzalimi diri sendiri yakni golongan yang kufur akan nikmat yang telah Allah berikan kepada kita.

      Jadi menunaikan solat merupakan tanggungjawab kita sebagai hamba Allah, dan ia adalah suatu keutamaan yang mendahului urusan lain.

      Tidak Memakai Telekung Bagi Muslimah Semasa Solat
      Memakai telekung yang berwarna putih adalah satu lagi budaya orang melayu. Syarat sah solat adalah memakai pakaian yang menutupi aurat serta tidak menampilkan ciri-ciri pakaian yang menampakkan bentuk lembaga badan kita dan tidak juga menampilkan pakaian yang boleh menganggu ketetapan dan kesempurnaan ibadah solat diri kita sendiri atau jemaah lain. Selagi ukhti mematuhi ciri-ciri itu insyaallah solat adalah sah.

      Saya Cashier Je, Bukan Penjual Arak..!
      Secara umumnya mencari rezeki sebagai sebagai ‘cashier’ adalah halal dan dibenarkan dalam Islam. Akan tetapi apabila tugasan sebagai cashier itu mengundang datangnya laknat Allah dan dosa ke atas juruwang tersebut apabila membenarkan urusniaga arak berlaku.

      Situasi ini juga serupa bagi penyusun barang, penjaga stor, pemandu yang membawa barangan dan apa jua kaitannya dengan arak. Ini adalah syariat ke atas umat Islam sepertimana hadith Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam ;

      عن جَابِرِ بن عبد اللَّهِ رضي الله عنهما أَنَّهُ سمع رَسُولَ اللَّهِ يقول عَامَ الْفَتْحِ وهو بِمَكَّةَ إِنَّ اللَّهَ وَرَسُولَهُ حَرَّمَ بَيْعَ الْخَمْرِ وَالْمَيْتَةِ وَالْخِنْزِيرِ وَالْأَصْنَامِ

      Maksudnya :
      Dari Jabir Radiallahu Anhu berkata beliau mendengar Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda pada hari pembukaan Mekah; “Sesungguhnya Allah dan Rasul-NYA mengharamkan penjualan arak, bangkai, khinzir dan berhala.” [Riwayat Al-Bukhari]

      dan kategori mereka yang mendapat laknat melalui sepertimana pesanan Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam;

      عن أَنَسِ بن مَالِكٍ قال لَعَنَ رسول اللَّهِ في الْخَمْرِ عَشْرَةً عَاصِرَهَا وَمُعْتَصِرَهَا وَشَارِبَهَا وَحَامِلَهَا وَالْمَحْمُولَةُ إليه وَسَاقِيَهَا وَبَائِعَهَا وَآكِلَ ثَمَنِهَا وَالْمُشْتَرِي لها وَالْمُشْتَرَاةُ له

      Maksudnya:
      “Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam melaknat tentang arak, sepuluh golongan:
      (1) yang memerahnya,
      (2) yang minta diperahkan untuknya,
      (3) yang meminumnya,
      (4) yang membawanya,
      (5) yang minta dihantarkannya,
      (6) yang menuangkannya,
      (7) yang menjualnya,
      (8) yang makan harganya,
      (9) yang membelinya,
      (10) yang minta dibelikannya.”

      Perkara sebegini (bertugas sebagai cashier yang menjalankan urusniaga arak) menyebabkan pendapatan kita bercampur aduk antara halal dan haram. Ada yang berpendapat bahawa sekiranya cashier bertugas di kaunter pengasingan di mana kaunter tersebut hanya melakukan urusniaga barangan tidak halal bagi golongan bukan Islam. Ini sedikit sebanyak menjaga kebajikan pekerja islam.

      Pun begitu, sekiranya masih merasa was-was, jawapan yang lebih baik adalah meninggalkannya. Ini kerana rezeki adalah kurniaan Allah, bukan ditetapkan oleh manusia..

      Buat ukhti yang bertanya, syabas kerana mempunyai ciri-ciri kesedaran untuk bertanya dan ambillah langkah memohon keampunan atas dosa kita yang lalu dengan bertaubat.

      Dari Aisyah Radiallahu Anhu beliau mendengar Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda;

      “Barangsiapa mencari keredhaan Allah dengan marahnya manusia, nescaya dia dicukupkan oleh Allah dari perbelanjaan manusia; dan barangsiapa yang mencari kemarahan Allah dengan relanya manusia nescaya ia diserahkan oleh Allah kepada manusia.”

      Wallahua’lam..

      Marilah Kita Mencari Keredhaan Allah..

  4. 7 raihan
    Julai 9, 2009 at 4:22 pm

    terima kasih banyak2 atas penerangan yang telah diberikan ustaz..sy telah pun berhenti kerja dan sedanag meneruskan pengajian sy..perkara ini akan dijadikan pengalaman hidup yang paling bermakna buat saya..terima kasih sekali lagi ustaz..

    Salamun’alaik…


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


LIKE QHAZANAH DI SINI

Info Qhazanah..

Memperkenal dan memperjuangkan program Memartabatkan Amalan Pemakanan Sunnah [MAPS] dan Semarak Mencintai Sunnah [SMS] sejak hampir 15 tahun yang lalu.

Kini dengan produk Qhazanah gabungan 10 gabungan makanan sunnah, melalui MAPS, SMS mula disemai dalam kembali mengenali sunnah dan tuntutannya ke atas kita umat Baginda Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam pada hari ini.

Terima kasih juga atas sokongan dan doa kalian yang tak putus kunjung selama ini..

WhatsApp ke (+6) 013 2038 102 untuk kiriman Qhazanah terus ke alamat anda..!

Hits Ziarah Qhazanah

  • 305,755 Pengunjung

Dari Serata Dunia

free counters

Ahlan Wa Sahlan Ya Khaira Ummati

Jun 2009
F S S M T W T
« May   Jul »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930  

Peti Qhazanah


%d bloggers like this: