14
Aug
09

Al Ustaz Muhammad Asri Ibrahim Dalam Kenangan: Pergi Tidak Kembali Lagi

Olahan Oleh: A.A

New

Ustaz Asri Dlm Kenangan..

Al Ustaz Muhammad Asri Ibrahim Rabbani Kembali Ke Rahmatullah

Seorang teman memaklumkan kepada penulis, satu berita yang merentap air mata untuk menitis dengan tiba-tiba.. Umpama terpana dilibas halilintar..! Dunia dakwah tanahair terpaku sebentar.. Bagaikan masa benar-benar berhenti tatkala mendapat berita kepulangan pendakwah kesayangan ramai ini ke rahmatullah..

Posisi beliau mencakupi dari segala sudut..

Seorang hamba Allah, seorang anak, seorang suami, seorang bapa, seorang ulama, seorang pahlawan nasyid dan ahli perniagaan juga vokalis utama kumpulan Rabbani, Al Ustaz Muhammad Asri Ibrahim (Ustaz Asri) meninggal dunia semasa terlibat dalam aktiviti rakaman di RTM pada hari Khamis 13 Ogos 2008 bersamaan 22 Syaaban 1430 hijrah kira-kira jam 11.15 pagi.

Al Ustaz Asri rebah ketika terlibat dengan program di RTM. Para sahabat bergegas ke arah beliau dalam keadaan amat terkejut. Beliau dikejarkan ke Hospital Pantai sejurus itu.

Bagaimana pun beliau disahkan telah menghembuskan nafas terakhir sejurus selepas rebah ketika itu.

Pahlawan Nasyid

Ramai yang amat terkejut dengan berita ini. Teman seperjuangan dari kumpulan nasyid Raihan menyifatkan allahyarham Ustaz Muhammad Asri Ibrahim sebagai ‘pahlawan nasyid’ yang sukar dicari ganti.

Che Amran Ibrahim (Raihan) dalam sebak sambil menahan perasaan sedihnya menyatakan “Berita ini sememangnya memeranjatkan kami, sama seperti anggota kami yang telah meninggal dunia dahulu allahyarham Zaiery yang pergi dengan cara mengejut,”. Jelas beliau lagi pemergian vokalis nasyid yang bersuara “emas’  itu amat sukar dicari ganti.

Che Amran menyifatkan Ustaz Asri yang bersuara ’emas’ sebenarnya merupakan ikon kepada kumpulan nasyid yang ada pada hari ini dan menjelaskan bahawa walaupun Rabbani hanya ditubuhkan pada tahun 1998, namun namanya telah lama terkenal dengan seni irama nasyid sejak sekian lamanya khususnya sewaktu menganggotai Nadamurni.

“Begitu juga ahli anggota Raihan yang ditubuhkan turut mendapat respond yang baik dari allahyarham sendiri, bahkan allahyarham turut memberi saranan supaya perbanyakkan kumpulan nasyid.

“Ianya bertujuan supaya masyarakat turut mendapat hiburan alternatif yang menjurus kepada Islam sebagai mengimbangi lagu-lagu versi lain yang ada pada hari ini,” ujarnya.

Ulama nasyid

Kali terakhir bertemu dengan allahyarham dua malam lalu untuk berbincang tentang program nasyid yang bakal diadakan bersama selepas ini.

Anggota Kumpulan Hijjaz, Isman Hisyam, 40, menyifatkan allahyarham sebenarnya seorang ulama yang masyhur dalam nasyid.

“Walaupun kita nampak dia bernasyid, tetapi sebenarnya dia seorang ulama bahkan tempat anggota kumpulan nasyid membuat rujukan khususnya tentang Islam,”ujarnya.

Beliau yang kini berada di Kota Bharu untuk promosi Kopi Hijjaz, bagaimanapun melahirkan rasa terkilan sebab tidak dapat pulang menziarahi allahyarham buat kali terakhir kerana masaalah tiket penerbangan telah habis. Image

Menurutnya, semua tiket sama ada MAS, Firefly, Air Asia kesemuanya habis untuk penerbangan hari ini.

Jelas Isman lagi, beliau amat terkejut dengan berita yang baru diterima apabila salah seorang anggota Kumpulan Rabbani ‘Azadan’ menghubunginya memberitahu Asri sudah meninggal dunia.

“Kami macam adik beradik walaupun berlainan kumpulan sebab kumpulan nasyid mana-mana pun menuju ke arah yang sama iaitu membawa manusia ke jalan yang benar serta sentiasa mengaggungkan Allah,” ujarnya.

Tambahnya, lagipun kumpulannya sentiasa merangkakan program bersama khususnya rakaman ‘zikir’ bersama Rabbani.

Sehubungan itu, beliau menyeru semua peminat Rabbani khususnya umat Islam mendoakan kesejahteraan allahyarham agar mendapat limpahan rahmat yang tidak perbah putus.

“Kami juga berharap semua peminat seni nasyid tanah air supaya bersabar menerima berita yang begitu menyentuh jiwa ini,”ujarnya yang tidak dapat menahan sebak.

Untuk rekod, salah seorang anggota Hijjaz, iaitu Salleh telah meninggal dunia akibat masalah paru-paru, ianya diikuti dengan anggota kumpulan Raihan, Zaery meninggal dunia akibat serangan jantung beberapa bulan selepas itu.

Juara ABP lapan tahun berturut-turut

Ustaz Asri dilahirkan pada 3 Ogos 1969 di Klang, Selangor.

Beliau menyertai kumpulan nasyid terkenal itu sejak ia ditubuhkan secara rasmi pada 1 Mac 1997 dengan dianggotai oleh sembilan orang termasuknya.

Kehilangan Asri kini bermakna hilanglah tunjang Rabbani memandangkan arwah banyak menyumbangkan kemajuan prestasi dan memberikan kejayaan kepada Rabbani.

Atas kejayaan itu, maka tidak hairanlah jika Rabbani dijulang sebagai Penyanyi/Artis Nasyid Popular di Anugerah Bintang Popular (ABP) selama lapan tahun berturut-turut.

Kemunculan Rabbani yang turut dianggotai oleh Mohd. Asri Baidul @ Ubaidullah, Azadan Abdul Aziz, Muhammad Luqman Abd Aziz, Muhammad Rithauddeen Yaakob, Mohamad Afandi Shahbudin, Ahmad Shafie, Nazrul Azhar Tamrin dan Zulkiflee Azman ini adalah dengan konsep yang tersendiri.

Dalam tempoh lebih 12 tahun berada dalam industri ini, Rabbani telah menghasilkan 19 buah album seperti ‘ARAH Dari Mana Ke Mana’ (1997), ‘Pergi Tak Kembali’ (1999), ‘Intifada’ (2000), ‘Yalla Beena’ (2004) dan yang terbaru, ‘Nostalgia Nada Murni’.

Jemaah MiM merasakan kehilangan tenaga dakwah atas pemergian Allahyarham Al Ustaz Muhammad Asri Ibrahim. Salam takziah dari pihak MiM buat ahli keluarga, para sahabat dan teman Allahyarham. Kami mendoakan semoga usaha dalam mengimbangi dakwah dalam dunia seni terus disambung perjuangan ini oleh kalian..

Luangkan seminit untuk Allahyarham lafaz Al Fatihah..

Al Fatihah..

Topblogs @ iLuvislam


3 Responses to “Al Ustaz Muhammad Asri Ibrahim Dalam Kenangan: Pergi Tidak Kembali Lagi”


  1. 1 shida
    Ogos 16, 2009 at 2:34 pm

    pemergian ustaz asri meninggalkan kesan yang tidak dapat di huraikan namun apa yang pasti aku mula merasai takutnya mati…

    • Ogos 17, 2009 at 9:42 am

      Salamun’alaik..

      Baguslah seandainya walau dengan pemergian Allahyarham, kesan dakwah dan perjuangannya terus menghampirkan kita dengan agama.. Al Ustaz Muhammad Asri Ibrahim banyak berjasa dalam dunia dakwah bukan sekadar nasyid.. Cuma kita lebih terdedah dengan penglibatan beliau dalam media massa yang mencatatkan aktiviti seni nasyidnya..

      Lirik Pergi Tak Kembali memang mantop.. Dan bagi ana, ia tetap menyentuh jiwa walau tanpa muziknya..

      Masih terngiang-ngiang ‘Sunnah Orang Berjuang’..

      Liriknya juga mengusik jiwa dan perjuangan ana secara peribadi.. Cuma bab sejarah dan makam tu mungkin belum masanya lagi.. Tapi untuk Al Ustaz Muhammad Asri Ibrahim.. Ana rasa ia juga berkisarkan perjuangannya dan peribadinya serba sedikit..

      Makam Allahyarham juga akan terus diziarahi akan kerana jasa dan bakti Allahyarham dalam dunia dakwah..

      Kawan-kawan artis lain, yang pernah dapat nasihat atau bimbingan dari beliau, bila nak kembali ke jalan yang lurus..? Yakni jalan yang Allah redhai dan bukan jalan orang-orang yang Allah murkai..

      Tepuk dada tanya iman.. “Agaknya kalau nyawa aku disentap sekarang sebelum sempat bertaubat, bagaimana nasib ku dalam kubur dan akhirat nanti ya..?” Pejam mata dan bayangkanlah keadaan diri kita dalam situasi itu..

      Renung-renungkanlah dan cepat-cepatlah ambil tindakan yang berguna untuk diri sendiri di dunia dan akhirat. Jangan fikir dua kali.. Carilah ahli ilmu, dan belajarlah dari mereka..

      SUNNAH ORANG BERJUANG

      Sudah sunnah orang berjuang
      Mengembara dan berkelana
      Miskin dan papa jadi tradisi
      Berenggang dengan anak dan isteri..

      Biasanya para pejuang
      Rumah mereka merata-rata
      Rezekinya tidak menentu
      Tidur baringnya tak berwaktu..

      Orang lain membuat harta
      Tapi dia membuangnya
      Orang lain kawan terbatas
      Tapi pejuang kawan merata..

      Orang lain musuhnya kurang
      Pejuang musuh tidak terbilang..

      Sudah sunnah orang berjuang
      Mengembara dan berkelana
      Miskin dan papa jadi tradisi
      Berenggang dengan anak dan isteri..

      Tidak kurang yang sayang padanya
      Orang lain mati dilupa
      Para pejuang tetap dikenang
      Sejarahnya ditulis orang
      Makamnya sentiasa diziarahi
      Perjuangan tetap diingati..

      Sudah sunnah orang berjuang
      Mengembara dan berkelana
      Miskin dan papa jadi tradisi
      Berenggang dengan anak dan isteri..

      Sudah sunnah orang berjuang…

  2. 3 shafifah
    Ogos 17, 2009 at 12:22 pm

    Jadual Tafaqquh Fid Din Sepanjang Ramadhan 2009

    Klik :


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


LIKE QHAZANAH DI SINI

Info Qhazanah..

Memperkenal dan memperjuangkan program Memartabatkan Amalan Pemakanan Sunnah [MAPS] dan Semarak Mencintai Sunnah [SMS] sejak hampir 15 tahun yang lalu.

Kini dengan produk Qhazanah gabungan 10 gabungan makanan sunnah, melalui MAPS, SMS mula disemai dalam kembali mengenali sunnah dan tuntutannya ke atas kita umat Baginda Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam pada hari ini.

Terima kasih juga atas sokongan dan doa kalian yang tak putus kunjung selama ini..

WhatsApp ke (+6) 013 2038 102 untuk kiriman Qhazanah terus ke alamat anda..!

Hits Ziarah Qhazanah

  • 305,755 Pengunjung

Dari Serata Dunia

free counters

Ahlan Wa Sahlan Ya Khaira Ummati

Ogos 2009
F S S M T W T
« Jul   Sep »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Peti Qhazanah


%d bloggers like this: