05
Nov
09

Bagaimana Jika Wanita Tawar Diri Untuk Diperisterikan

Meminang

Pernah (biasa) juga ana dipinang orang..🙂

Al Ustaz Dato’ Dr Haron Din

SOALAN: Dato’.. Bolehkah atau tidak seorang perempuan menyerah diri kepada seorang lelaki untuk diperisterikan atas alasan mengikut sunnah, sepertimana berlaku pada seorang perempuan pada zaman Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam, menyerah diri kepada baginda untuk diperisterikan dan baginda menerimanya sebagai isteri. Mohon penjelasan. – MAWAR UNGGU

JAWAPAN:
Memang benar apa yang anda nyatakan bahawa pernah berlaku pada zaman Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam, seorang perempuan datang menghadap baginda dan menyerah diri kepada baginda untuk dinikahi.

Malah ada beberapa orang (bukan seorang sahaja) yang menghebahkan diri mereka kepada Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam, untuk diterima sebagai isteri dan baginda telah memperisterikan mereka.

Al-Imam al-Bukhari, meriwayatkan sebuah hadis daripada A’ishah Radhiallu ‘Anhu, katanya (mafhumnya): “Salah seorang yang berbuat demikian ialah Khaulah binti Hakim.”

Menurut al-Imam al-Zamakshari, ada empat orang yang menyerah diri kepada Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam sebagai hibah atau hadiah kepada Nabi iaitu, Maimunah binti Haris, Zainab binti Khuzaimah yang dikenali dengan Ummul Masakiin, Ummus Shariq binti Jabir dan Khaulah binti Hakim.

Pernikahan Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dengan mereka ini adalah pernikahan yang memenuhi cukup syarat dan rukun untuk dinikahi. Malah diri baginda sendiri dalam konteks ini, baginda pernah bersabda (mafhumnya):

“Saya dijadikan Allah daripada pernikahan yang sah, turun temurun daripada Nabi Adam a.s. sehingga ibu ayah saya melahirkan saya ke dunia ini.”

Namun demikian, perlulah diketahui lebih lanjut dan jelas bahawa, perempuan-perempuan yang datang menyerah diri kepada Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam, Allah telah sebutkan dalam al-Quran sebagaimana firman-Nya (mafhumnya):

“Wahai Nabi, sesungguhnya Kami telah halalkan bagimu isteri-isterimu yang engkau berikan mas kahwinnya, dan hamba-hamba perempuan yang engkau miliki daripada apa yang telah dikurniakan Allah kepadamu sebagai tawanan perang; dan (Kami telah halalkan bagimu berkahwin dengan sepupu-sepupumu, iaitu): anak-anak perempuan bapa saudaramu (daripada sebelah bapa) serta anak-anak perempuan emak saudaramu (daripada sebelah bapa), dan anak-anak perempuan bapa saudaramu (daripada sebelah ibu) serta anak-anak perempuan emak saudaramu (daripada sebelah ibu) yang telah berhijrah bersama-sama denganmu; dan (Kami telah halalkan bagimu) mana-mana perempuan yang beriman yang memberikan dirinya kepada Nabi (untuk dikahwininya dengan tidak membayar mas kahwin) kalaulah Nabi suka berkahwin dengannya; perkahwinan yang demikian adalah khas bagimu semata-mata, bukan bagi orang-orang yang beriman umumnya; sesungguhnya Kami telah mengetahui apa yang Kami wajibkan kepada orang-orang mukmin mengenai isteri-isteri mereka dan hamba-hamba perempuan yang mereka miliki; – supaya tidak menjadi keberatan bagimu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah al-Ahzab, ayat 50)

Ayat tersebut, dengan jelas dan nyata bahawa Allah menyebut perihal perempuan yang datang, menghibah atau menghadiahkan dirinya kepada Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam ialah khusus untuk Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam sahaja, bukan untuk umatnya.

Apabila ianya khusus untuk Nabi, maka ia sama sekali tidak boleh dijadikan alasan untuk ia menjadi sunnah. Oleh kerana itu, maka ia tidak boleh diamalkan.

Diriwayatkan oleh perawi hadis yang mahsyur dari jalan (tariq) sahal, dalam kitab-kitab yang sahih, disebut perihal seorang perempuan datang menghadiahkan dirinya kepada Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam, untuk dijadikan isteri, akan tetapi baginda terdiam tidak menjawab apa-apa.

Bagaimanapun ada seorang sahabat memecah kesunyian itu dengan berkata,

Ya Rasulullah, sekiranya Rasulullah tidak berhajat kepadanya, maka nikahkan saya dengannya.”

Lalu baginda memerintahkan sahabat itu menyediakan mahar, akhirnya kedua-dua mereka dinikahkan baginda.

Semua keterangan ini jelas membuktikan bahawa dalam kes hibah (hadiah) atau serah diri memang berlaku. Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam berkahwin dengan cara hibah, tanpa mahar sebagai suatu keistimewaan untuk diri baginda.

Adapun untuk diri kita, umatnya pada waktu ini, perkahwinan hibah ini tidak berlaku.

Yang boleh berlaku ialah perkahwinan biasa yang memenuhi syarat nikah, barulah sah perkahwinan. Wallahua’lam.

Jika anda rasa artikel ini memberi info yang bermanfaat sila undi dengan klik;

Topblogs @ iLuvislam

Juga, sudi-sudilah beri komen membina di bawah yea.. Syukran jazilan, wassalam..


5 Responses to “Bagaimana Jika Wanita Tawar Diri Untuk Diperisterikan”


  1. 1 young gurl
    Februari 12, 2010 at 2:38 pm

    salam..

    ustaz mcm mana pulak kalu sya bg surat dekat lelaki yg saya rasa dia mampu untuk meminpin saya di dunia dan akhirat insyaallah.
    surat utk mengatakan yg sya ingin berkawan dan menjadi suri hatinya.
    surat yg mengatakan saya bukan hendak main2 tp serius.
    straigh to d poin sya nak jd isteri dia.
    bak kata pepatah, “usaha tangga kejaya”. so sya mesti brusaha. hmmmmm mcm mana ye ustaz.
    leh ke?? jatuh ka maruah sya di mata islam, di mata lelaki??
    apa yg patut sya lakukna.
    memang jodoh di tgn tuhan. tp sya mesti juga berusaha, berdoa dan bertawakal kn.
    harap ustaz boleh tlg.

    • Mac 31, 2010 at 9:08 pm

      Wa’alaikumussalam..

      Jika ukhti merasakan bahawa bakal pasangan tersebut boleh membimbing layar rumahtangga seperti yg dituntut Islam, maka bersuaralah.. Sebaik-baiknya melalui orang tengah.. Rujuklah dalam sirah Rasulullah Sallallhu ‘Alaihi Wasallam bagaimana Saydatina Khadijah merisik Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.. InsyaAllah, berikhtiarlah dlm keadaan yg diredhai Allah yakni disertakan solat istikharah dan solat hajat juga doa agar dipermudahkan urusan kehidupan dan akhirat..

      Wallahu’alam..

  2. 3 sharifuddin
    Mac 29, 2010 at 12:41 pm

    ustaz mcamana roh org yg dah meninggal blh membantu org hidp
    adakah sebab doa kita pd si mati sampai.

    • Mac 31, 2010 at 9:18 pm

      Salamun’alaik..

      Hanya Allah Subhanahu Wata’ala yg dgn izinNya sahaja dpt membenarkan manfaat dan mudharat atas kita yg hidup, yang telah mati hanya membawa bekalan sepanjang hidupnya apa yg diamal sebagai hamba Allah Subhanahu Wata’ala..

      “Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya”. (an-Najm: 38)

      Pun begitu kita yang masih hidup ada ruang yang disyariatkan Islam untuk si mati sepertimana pesan Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam;

      “Apabila telah mati anak Adam itu maka terputuslah semua amal ibadatnya kecuali pada 3 perkara iaitu; Sedekah jariah, Ilmu yang berguna dan dimanfaatkan oleh pengamalnya dan anak yang soleh yang tidak lupa mendoakan ibu bapanya.”

      Wallahu’alam..

  3. 5 habeeb
    Jun 25, 2010 at 8:41 am

    10. Dan orang-orang yang datang sesudah mereka (Muhajirin dan Anshor), mereka berdoa: “Ya Rabb kami, beri ampunlah kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dulu dari kami(yakni yang telah meninggal dunia), dan janganlah Engkau membiarkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman; Ya Rabb kami, Sesungguhnya Engkau Maha Penyantun lagi Maha Penyayang.” surah al-hasr ayat 10

    imam an-nawawi menyebut dalam kitab alazkar… ayat ini Allah SWT menggalakkan kita berdoa kepada org2 yang terdahulu kepada kita (yakni yang telah meninggal dunia) wallahu a’lam.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


LIKE QHAZANAH DI SINI

Info Qhazanah..

Memperkenal dan memperjuangkan program Memartabatkan Amalan Pemakanan Sunnah [MAPS] dan Semarak Mencintai Sunnah [SMS] sejak hampir 15 tahun yang lalu.

Kini dengan produk Qhazanah gabungan 10 gabungan makanan sunnah, melalui MAPS, SMS mula disemai dalam kembali mengenali sunnah dan tuntutannya ke atas kita umat Baginda Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam pada hari ini.

Terima kasih juga atas sokongan dan doa kalian yang tak putus kunjung selama ini..

WhatsApp ke (+6) 013 2038 102 untuk kiriman Qhazanah terus ke alamat anda..!

Hits Ziarah Qhazanah

  • 305,755 Pengunjung

Dari Serata Dunia

free counters

Ahlan Wa Sahlan Ya Khaira Ummati

November 2009
F S S M T W T
« Oct   Jan »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  

Peti Qhazanah


%d bloggers like this: