28
Jan
10

Benarkah Hantu Dan Bolehkah Roh Kembali..?

Ingin tahu keistimewaan intipati Qhazanah..? Sila klik [DI SINI]

Hantu Dan Kita

Sekarang ni, makin menjadi-jadi filem berkisarkan perihal hantu, sihir, saka dan macam-macam lagi.. Begitu juga perihalnya di televisyen.. Mungkin ramai di sana ada tanggapan yang pelik-pelik..

"Asyik korang je tengok cerita Kak Pon .. Penaat..! Biar Kak Pon keluar tengok korang pulak.."

Ibubapa pula salah teknik dalam mendidik anak-anak supaya menjadi anak yang taat.. Setiap kali nak buat anak akur kepada arahan atau permintaan mereka, maka hantu, momok, jembalang dan macam-macam lagi kita gunakan agar anak menjadi takut dan dengar arahan atau permintaan tersebut.

Ini adalah kaedah yang ternyata sama sekali amatlah salah dan ia membentuk anak-anak yang lebih berjiwakan takut kepada makhluk-makhluk lebih daripada takut kepada Allah..

Ada sesetengah kes pula, anak-anak dididik supaya mengulang sesuatu perkataan agar tidak diganggu oleh makhluk halus.. Antaranya bila terpaksa lalu atau melepaskan hajat berhampiran belukar atau hutan maka anak-anak dididik supaya menyebut kata laluan atau password yang kononnya penting seperti;

“Tok, minta ampun.. Cucu tumpang lalu atau tumpang dot, dot, dot..” ( Faham-faham jelah yea.. )

Masalahnya.. Bila pula nenek kita menikah dengan makhluk tu sampai dapat gelaran ‘Datok’..? Dan macam-macam lagilah.. Dengan hari ini pula anak-anak kita dihidangi dengan pelbagai kisah mistik berbentuk kisah hantu, jembalang, pontianak, saka, santau oleh tv dan filem, maka apa yang lahir secara tahyulnya akan tertanam dalam minda anak-anak kita sepertimana orang-orang dahulu sebelum mempunyai ilmu yang sebenarnya menurut lunas Islam akan perihal makhluk halus ini. Maka ia akan semakin sukar dikikis dari pemikiran yang lemah..

Hantu &  Bolehkah Roh Kembali ?

Al Ustaz Zaharuddin Abd Rahman

Pochong..?

"Jangan tengok lamo-lamo yo.. Malu den.."

SOALAN :

Saya ada menonton siaran televisyen mengenai rumah berhantu. Selain adanya kehadiran lembaga yang hodoh, dikatakan orang ramai sering mendengar suara-suara seperti orang menangis. Dikatakan bahawa penghuni rumah tersebut meninggal akibat kemalangan jalan raya.

Persoalan saya, saya percaya kepada kehadiran makhluk jin yang suka menghuni rumah yang ditinggalkan. Tetapi, suara menangis ataupun bayangan pemilik rumah yang telah meninggal dunia itu, adakah kerana roh si mati tidak diterima bumi? Kalau tidak silap, saya pernah terbaca hadis yang mengatakan ada roh yang tidak diterima oleh bumi. Jika benar demikian, ke manakah roh ini pergi?

JAWAPAN:

Apabila ruh sudah berpisah dari tubuh, ia berada di alam yang dinamakan “Barzakh“, dan ia tidak akan mampu sama sekali untuk kembali ke alam dunia semula sama ada dalam keadaan baik atau buruk.

Dakwaan Roh pulang kembali ke rumahnya setelah hari-hari tertentu adalah TIDAK BENAR. Tidak kiralah sama ada roh itu dalam keadaan baik atau buruk. Manakala jika benar kelihatan mahkluk seperti si mati dan kendengaran suara-suara menangis, maka pandangan Ulama adalah ia hanyalah angkara Jin dan Syaitan yang menyerupai si mati dan gangguan mereka, tidak lebih dari itu.

Bukti bahawa Roh tidak boleh kembali berdasarkan dalil berikut :-

Firman Allah maksudnya :

” Hingga apabila datang kematian kepada seseorang dari mereka ( orang kafir) dia berkata : ” Ya Tuhanku kembalikanlah aku ke dunia, agar aku berbuat amal yang soleh terhadap apa yang telah aku tinggalkan. Sekali-kali tidak (jawapan Allah), sesungguhnya itu adalah perkataan yang diucapkannya sahaja (janji kosong) . Dan di hadapan mereka ada DINDING (barzakh) sampai hari mereka dibangkitkan” ( Al-Mu’minuun : 99-100).

Imam Mujahid (Tabien dan anak murid Ibn Abbas Radiallahu Anha) dan Ibn Zaid berkata tentang ayat ini :

“Barzakh adalah seperti satu tembok yang menghalang orang yang mati kembali ke dunia.”

Firman Allah maksudnya :

“Allah SWT memegang jiwa (ruh) ketika matinya (seseorang) dan memegang jiwa(ruh) orang yang belum mati di waktu tidurnya, maka Dia tahanlah jiwa yang lain sampai waktu yang ditentukan..” ( Az-Zumar : 42 ).

Melalui ayat ini, jelas bahawa roh berada di dalam pegangan Allah SWT dan Allah tidak membenarkan sama sekali Roh untuk kembali ke dunia, sebagaimana yang dijelaskan dalam ayat sebelum ini,

Terdapat juga ulama berpandangan bahawa roh orang yang telah mati boleh bertemu dengan roh orang hidup ketika mereka sedang tidur (melalui mimpi). (Ar-Ruh, Ibn Qayyim, ms 20). Bagaimanapun, tiada yang berpandangan roh tersebut boleh bertemu dengan orang hidup semasa sedar mereka. Semua roh yang telah di ambil Allah SWT akan sibuk dengan urusan mereka sama ada baik atau buruk.

Prof Ahmed Azzedine Al-Bayanuny dan Prof. Mohamed Hussin pernah menegaskan bahwa dakwaan orang-orang kristian yang boleh bertemu dengan ruh si mati dengan teknik jampian khas adalah penipuan yang menggunakan Jin dan Syaitan. Ia bukannya ruh yang sebenar. ( Rujuk Al-Iman Bil Malaika dan Al-Ruhiya al-Haditha )

DESTINASI ROH SELEPAS MATI

Ulama berbeza pandangan dalam menentukan tempat tinggal Roh selepas mati seperti berikut (Rujuk Syarh Al-‘Aqidah At-Tohawiyah, Tahqiq Syuaib Arnout, 2/613-614, cet Muasassah ar-Risalah) :-

a) Roh Mukmin di dalam Syurga dan Roh Kafir di dalam Neraka.

b) Kedua-duanya di dalam kubur mereka, dan Roh Mukmin di bukakan taman Syurga serta memperolehi nikmatnya dan Kafir di bukakan lubang azab neraka.

c) Roh Mukmin di alam tinggi (‘illiyyin) di langit ketujuh dan Kafir di ‘Sijjin’ di dunia yang ketujuh terbawah.

d) Roh para Shuhada’ (mati syahid) berada di Syurga dan Roh seluruh Mukmin lain berada di kuburan mereka. (pandangan Imam Ibn Abd Al-Barr)

Antara dalil dalam hal destinasi roh selepas kematian ini ada diterangkan di dalam hadith

” Roh yang Mukmin dalam keadaan burung-burung yang bergantungan di pokok-pokok di dalam Syurga, sehinggalah Allah mengembalikannya kepada jasadnya pada hari dibangkitkannya.” (Ibn Majah, no 1449 ; Ahmad, no 15716 12/315 cet Dar al-Hadis; Sohih menurut Ibn Hibban no. 743, Syuaib Arnaout dan Ahmad Syakir)

Berdasarkan sebuah hadith lain, apabila seorang Mukmin itu mati rohnya akan dibawa naik ke langit sehingga sampai ke langit ke tujuh, maka berfirman Allah Subhanahu wata’ala :

Tuliskan buku hambaku ini di ‘illiyyin’ (tempat yang tinggi) dan kemudian dikembalikannya ke jasadnya kembali dan di datangi pula oleh dua Malaikat … (Ringkasan Hadith riwayat Ahmad, Abu Daud no 4753, Sohih menurut al-Hakim, Syuaib Arnaout dan Ahmad Syakir)

Manakala Roh si jahat dan Kafir pula juga di bawa naik ke langit dengan bau yang amat busuk dan digelar dengan nama yang terburuk dan apabila sampai di langit, maka tidak dibukakan pintu langit kemudian Rasulullah Sallallahu  ‘Alaihi Wasallam membacakan ayat 40 dari Surah al-A’raf .

Kemudian Allah SWT mengarahkan agar dtuliskan namanya di dalam ‘Sijjin’ (neraka) kemudian di campakkan Rohnya dan Rasulullah Sallallahu  ‘Alaihi Wasallam membacakan firman Allah :

” Sesiapa yang syirik kepada Allah, maka adalah seolah-olah jatuh dari langit lalu disambar oleh burung, atau diterbangkan ke tempat yang jauh” (Al-A’raf : 31) . Kemudian dikembalikan kepada jasadnya, …kemudian di datangi Malaikat..lalu dibukakan pintu dari neraka, lalu datanglah kepanasannya dan racunnya, dan kuburnya pula menyempit sehingga bersilang rusuknya. (Ringkasan dari Hadith riwayat Ahmad, Abu Daud no 4753, Sohih menurut al-Hakim, Syuaib Arnaout dan Ahmad Syakir)

Berdasarkan ayat Quran juga, ruh si jahat juga akan di azab di dalam alam barzakhnya. Iaitu :

” Api neraka dikenakan kepada mereka (kafir) pada pagi dan petang, manakala  apabila tiba qiyamat mereka di masukkan bersama keluarga Firaun yang dikenakan azab” (Ghafir : 40)

"Alaa ustaz niih.. Habih pocah ghahsio den.. Isk..!"

KESIMPULAN

Kesimpulannya.. Roh tidak mampu kembali ke alam dunia kerana Barzakh adalah tembok yang menghalangnya, dan Roh mukmin diberikan nikmat di alam barzakh manakala Roh kafir diazab sehingga kiamat. Wallahua’lam.

Moga info ini dapat dikongsi dengan muslimin/muslimat yang lainnya dengan sebarkan sesalur ini. Sila salin dan tampal bermula dari tanda ** hingga tanda **;

** Benarkah Hantu..? Bolehkah Ruh Kembali..?

Pontianak / Langsuir = Hantu perempuan yang kematian semasa melahirkan anak

Pochong = Jelmaan si mati yang hidup semula sepertimana ia dikebumikan

Toyol = Mayat kanak-kanak yang dipuja kembali hidup semula sebagai khadam

Jemput ziarah:-

https://qhazanah.wordpress.com/2010/01/28/benarkah-hantu-dan-bolehkah-roh-kembali/

Salin semula dan kongsikan dengan kenalan anda **

Jika anda rasa artikel ini memberi info yang bermanfaat sila undi dengan klik;

Topblogs @ iLuvislam

Juga, sudi-sudilah beri komen membina di bawah yea.. Syukran jazilan, wassalam..


17 Responses to “Benarkah Hantu Dan Bolehkah Roh Kembali..?”


  1. 1 Jasmi Mohd
    Februari 1, 2010 at 11:41 am

    Tidakkah berdosa org yg membuat filem2 tahyul ini ustaz? Dulu kerajaan tidak benarkan cerita tahyul ditayangkan di tv…sekarang ianya berleluasa seperti kerajaan menggalakkan….

    • 2 Jasmi Mohd
      Februari 1, 2010 at 11:41 am

      berdosa…bukan berdoa…silap taip

    • Februari 3, 2010 at 1:28 am

      Sebab itu pelbagai perkara dari pelbagai sudut dan aspek hukum syara’ perlu menjadi keutamaan, sebelum sesuatu itu dihebahkan kepada umum..

      Sehingga hari ini, walaupun setiap siaran samada drama atau filem, menyatakan setiap yang melakukan dosa hendaklah bertaubat dan seumpamanya, yang nyata ialah mereka yang terlibat sehingga kisah tersebut ditayangkan dari para pelakon, krew, pengarah, penerbit dan secara umumnya semua yang terlibat telah mengulangi dan mengulangi perkara yang bertentangan dengan syara’.

      Mereka menjelaskan bahawa cerita tersebut ada pengajaran. Akan tetapi pada masa yang sama ia secara jelas dan nyata melanggar hukum syara’.

      Bukan setakat perihal hantu dan bomohnya sahaja akan tetapi semua sudut. Alasan nak buat cerita supaya masyarakat sedar, tapi bagaimana dengan aurat pelakon, melampui batasan dalam pergaulan samada dalam lakonan atau realiti, boleh peluk, pegang tangan, krew tak solat, dan pelbagai lagi..

      Bukan setakat kisah seram sahaja tetapi bagi semua yang terlibat dalam industri perfileman. Kisah cinta, kisah keluarga dan pelbagai lagi..

      Kononnya nak tunjuk cerita berlandaskan Islam, tapi kejap pakai tudung, kejap buka tudung, pegang tangan, berpelukan dan macam-macam lagi..

      sewajarnya setiap drama atau filem yang bakal diusahakan perlu ada penasihat syariah bagi memastikan ia berjalan sepertimana garis panduan Islam yang sebenarnya.. Bukan setakat lulus garis panduan Lembaga Penapis Filem.

  2. 5 ~~ mama ~~
    Februari 1, 2010 at 11:58 am

    Oo mcm tu ke Ustaz, jd roh manusia mmg xkan berade di muke bumi ni, tp hantu tu mmg wujudlah? dr jelmaan syaitan yg cube menyesatkan aqidah kter?

  3. 7 Junizan bin Jasni
    Februari 1, 2010 at 3:57 pm

    Terima kasih di atas info yg berguna ini. Jadi terungkailah segala yg tidak tahu kpd tahu. Allahualam.

  4. 9 Manaf Al Ansari
    Februari 2, 2010 at 11:54 am

    Assalaamu’alaikum

    Jawapan Ustadz semua adalah benar lagi sahih. Semoga ummat Islam kembali kpd aqidah yg sahih. Usah banyak bertanya tentang roh sebab kita tidak diberi ilmu tentangnya kecuali sedikit sahaja. Tanyalah kepada yg berilmu apabila kita jahil tentang sesuatu.

    Syukran.

    Wassalaam.

    • Februari 2, 2010 at 12:28 pm

      Wa’alaikumussalam..

      Afwan atas kesudian ziarah ke laman ini..

      Semoga dengan perkongsian ini dapat membuka mata muslimin muslimat yang lainnya untuk lebih cintakan ilmu..
      InsyaAllah..

  5. Februari 2, 2010 at 4:14 pm

    Jazakallah Khair..bagus ustaz, terima kasih..dah lama jugak saya geram dgn isu ni, takde ke mufti2 ke ulamak ke yg nak tegur mediaprima tu dengan sebenar-benarnya tegur?.. Malaysia ni makin lama makin naik minyak gerakan dan dakyah sekularnya. Baru beberapa minggu lepas anak2 saudara saya yang berumur kurang 6 tahun berbincang tentang hantu, ada ke moyang diorang yang dah meninggal boleh datang balik kaco diorang, kecik ati saya ustaz..nenek saya tuu…

    • Februari 3, 2010 at 1:33 am

      Ini bukti dan hasil dari pendidikan yang diterima anak-anak hari ini daripada pengaruh yang ada.. Mereka tidak bersalah kerana hidangan kisah dan cerita seumpama ini diperolehi secara bebas..

      Sewajarnya golongan ibubapa atau dewasa menegur dan memberi penjelasan sebenarnya apabila berlaku salah faham mengenai apa-apa perkara. Tapi apa yang berlaku..?

      Anak-anak akan diherdik dan dimarahi agar tidak mengulanginya, itu sahaja. Tanpa ada penerangan yang jelas maka mereka menganggap bahawa kisah yang salah itu ada kebenarannya..

      Memberi penjelasan pun perlu disertakan dengan kesabaran supaya anak-anak memahaminya. Dan semoga mereka berminat untuk mengetahui perkara yang sebenar.. Ini akan terbukti apabila mereka rajin bertanya..

  6. Februari 2, 2010 at 11:20 pm

    Salam ustaz, terima kasih ziarah saya, saya hargai ustaz, ustaz ana doakan semoga ustaz diberikan kekuatan untuk meneruskan perjuangan ustaz, doakan semoga ana jadi macam ustaz juga untuk mendaulatkan kalimah Allah.

    • Februari 2, 2010 at 11:55 pm

      Salamun’alaik Ustaz Nor Amin..

      Syukran jazilan atas kesudian balas ziarah ana..

      Ana juga perlukan doa dari teman seperjuangan dari Ustaz Nor Amin..

      Dan semoga Allah limpah ruahkan bantuanNya ke atas usaha murni Ustaz jua.. InsyaAllah.. Amin..

  7. 17 al wahob
    Februari 19, 2010 at 8:03 am

    Ustaz, mana yg lbh baik menziarah kubur dgn membaca surah2 diatas kubur. @ memberi sedekah surah kpd si mati slps solat. wasallamm


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


LIKE QHAZANAH DI SINI

Info Qhazanah..

Memperkenal dan memperjuangkan program Memartabatkan Amalan Pemakanan Sunnah [MAPS] dan Semarak Mencintai Sunnah [SMS] sejak hampir 15 tahun yang lalu.

Kini dengan produk Qhazanah gabungan 10 gabungan makanan sunnah, melalui MAPS, SMS mula disemai dalam kembali mengenali sunnah dan tuntutannya ke atas kita umat Baginda Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam pada hari ini.

Terima kasih juga atas sokongan dan doa kalian yang tak putus kunjung selama ini..

WhatsApp ke (+6) 013 2038 102 untuk kiriman Qhazanah terus ke alamat anda..!

Hits Ziarah Qhazanah

  • 305,755 Pengunjung

Dari Serata Dunia

free counters

Ahlan Wa Sahlan Ya Khaira Ummati

Januari 2010
F S S M T W T
« Nov   Aug »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  

Peti Qhazanah


%d bloggers like this: