06
Aug
15

Kekuatan Berdoa 1 – Ibu, Cucu & Doktor

Dimaklumkan kisah benar berlaku di Pakistan.

Seorang Dr Pakar Bedah terkenal bernama Dr Ishan tergesa-gesa menuju airport. Beliau akan menghadiri Seminar Dunia dalam bidang perubatan yang akan membincangkan penemuan terbesarnya di dalam bidang perubatan.

Setelah perjalanan pesawat kira-kira 1 jam, tiba-tiba pesawat mengalami gangguan dan perlu mendarat di airport yang terdekat. Beliau menuju ke bilik penerangan dan berkata:
“Saya ini doktor pakar, setiap minit nyawa manusia bergantung pada saya dan sekarang kamu meminta saya menunggu pesawat dibaiki dalam tempoh 16 jam?”

Pegawai itu menjawab:
“Wahai doktor, jika anda tergesa-gesa anda boleh menyewa kereta, destinasi anda tidak jauh lagi dari sini, kira- kira dengan kereta mengambil masa 3 jam.”

Dr. Ishan setuju dengan cadangan pegawai tersebut dan lalu dia menyewa sebuah kereta. Baru berjalan 5 minit, tiba-tiba cuaca mendung disusuli dengan hujan lebat yang mengakibatkan jarak pandang sangat terhad.

Setelah berlalu hampir 2 jam, dia tersedar yang dia telah tersesat dan terasa sangat keletihan.
Kelihatan sebuah rumah kecil tidak jauh dari hadapannya, lalu dia singgah di rumah tersebut. Dia mengetuk pintu dan terdengar suara seorang wanita tua:

“Sila masuk, siapa ya?”
Dia masuk dan meminta kepada wanita tua tersebut untuk berehat dan mahu meminjam telefon. Wanita tua itu tersenyum dan berkata:

“Telefon apa Nak? Apa kamu tidak sedar ada di mana? Di sini tidak ada elektrik, apalagi telefon. Namun demikian, masuklah dahulu untuk berehat, tunggu sebentar saya buatkan teh dan sedikit makanan untuk menyegarkan dan mengembalikan kekuatan kamu.”

Tempah Sekarang..!

Tempah Sekarang..!

Qhazanah: Gabungan 10 Makanan Terbaik Dunia
Makanan Yang Bersih, Menempa Hati Yang Jernih
https://qhazanah.wordpress.com
https://fb.com/qhazanah.original
Tempahan Qhazanah : WhatsApp +60132038102

Dr. Ishan mengucapkan terima kasih kepada ibu itu, lalu menjamu selera..
Sementara wanita tua itu menunaikan solat dan berdoa, doktor tersebut perlahan-lahan mendekati seorang kanak-kanak yang terbaring tidak bergerak di atas katil di sisi wanita tua tersebut dan dia kelihatan gelisah. Wanita tua tersebut meneruskan solatnya dengan doa yang panjang.

Doktor mendatanginya dan berkata:
“Demi Allah, anda telah membuat saya kagum dengan keramahan anda dan kemuliaan akhlak anda, semoga Allah memakbulkan doa-doa anda.”

Berkata wanita tua itu:
“Nak, anda ini adalah Ibnu Sabil yang sudah diwasiatkan Allah untuk dibantu. Sedangkan doa-doa saya sudah dimakbul Allah semuanya, kecuali satu.”

Bertanya Dr. Ishan:
“Apa doanya?”

Wanita tua itu berkata:
“Anak ini adalah cucu saya, dia yatim piatu. Dia menderita sakit yang tidak boleh diubati oleh doktor-doktor yang ada di sini. Kata mereka kepada saya ada seorang doktor pakar bedah yang mampu menyembuhkan, namanya Dr. Ishan. Tetapi dia tinggal jauh dari sini dan tidak mungkin untuk saya membawa anak ini ke sana. Saya bimbang jika berlaku apa-apa semasa dalam perjalanan. Makanya saya berdoa kepada Allah agar memudahkannya.”

Menangislah Dr. Ishan dan berkata sambil teresak:
“Allahu Akbar, Laa haula wala quwwata illa billah. Demi Allah, sungguh doa ibu telah membuat pesawat rosak dan perlu diperbaiki lama serta membuat hujan petir dan menyesatkan saya, hanya untuk menghantarkan saya ke sini secara cepat dan tepat. Sayalah Dr. Ishan, sungguh Allah سبحانه و تعالى‎ telah menciptakan sebab seperti ini kepada hambaNya dengan doa. Ini adalah perintah Allah kepada saya untuk merawat anak ini.”

Tauladan : Lihatlah kekuatan berdoa..
Usah berputus asa untuk berdoa..

[ Qhazanah: Gabungan 10 Makanan Terbaik Dunia Makanan Yang Bersih, Menempa Hati Yang Jernih https://qhazanah.wordpress.com https://fb.com/qhazanah.original Tempahan Qhazanah : WhatsApp +60132038102 ]

Teks asal kisah ini:

قصة واقعية حقيقية فيها من العجب !! حصلت في باكستان : خرج الطبيب الجراح الشهير (د : ايشان) على عجل الى المطار للمشاركة في المؤتمر العلمي الدولي الذي سيلقى فيه تكريماً على انجازاته الکبيرة في علم الطب , وفجأة وبعد ساعة من الطيران أُعلن أن الطائرة أصابها عطل كبير بسبب صاعقة ، وستهبط اضطرارياً في أقرب مطار ، توجه الى استعلامات المطار مخاطباً : أنا طبيب عالمي كل دقيقة عندي تساوي أرواح أ ناس وأنتم تريدون أن أبقى 16 ساعة بإنتظار طائرة؟. أجابه الموظف : يادكتور، إذا كنت على عجلة يمكنك إستئجار سيارة ، فرحلتك لاتبعد عن هنا سوى 3 ساعات بالسيارة . رضي د / ايشان على مضض وأخذ السيارة وظل يسير وفجأة تغير الجو وبدأ المطر يهطل مدراراً وأصبح من العسير أن يرى اي شيء أمامه وظل يسير وبعد ساعتين أيقن أنه قد ضل طريقه وأحس بالتعب رأى أمامهُ بيتاً صغيراً فتوقف عنده وطرق الباب فسمع صوتًا إمرأة كبيرة تقول: – تفضل بالدخول كائنًا من كنت فالباب مفتوح دخل وطلب من العجوز المقعدة أن يستعمل تليفونهآ ضحكت العجوز وقالت : أي تليفون ياولدي؟ ألا ترى أين أنت؟ هنا لا كهرباء ولا تليفونات ولكن تفضل واسترح وخذ لنفسك فنجان شاي ساخن وهناك بعض الطعام كل حتى تسترد قوتك. شكر د/ ايشان المرأة وأخذ يأكل بينما كانت العجوز تصلي وتدعي وانتبه فجأة الى طفل صغير نائم بلا حراك على سرير قرب العجوز وهي تهزه بين كل صلاة وصلاة ، استمرت العجوز بالصلاة والدعآء طويلاً فتوجه لها قائلًا: – …. والله لقد اخجلني كرمك ونبل أخلاقك وعسى الله أن يستجيب لك دعواتك قالت العجوز: – ياولدي أما أنت ابن سبيل أوصى بك الله و أما دعواتي فقد أجابها الله سبحانه وتعالى كلها إلا واحدة ، فقال د / ايشان: – وماهي تلك الدعوة ؟ قالت : هذا الطفل الذي تراه حفيدي يتيم الأبوين ، أصابهُ مرضٌ عضال عجز عنه كل الأطباء عندنا ، وقيل لي أن جراحاً كبيراً قادر على علاجه يقال له د/ايشان ولكنه يعيش بعيداً من هنا ولا طاقة لي بأخذ هذا الطفل الى هناك وأخشى أن يشقى هذا المسكين فدعوت الله أن يسهل امرى… بكى د/ ايشان وقال : والله ان دعاءك قد عطل الطائرات وضرب الصواعق وأمطر السمآء ، كي يسوقني إليك سوقاً والله ما ايقنت أن الله عز وجل يسوق الأسباب هکذا لعباده المؤمنين بالدعآء حينما تنقطع الأسباب لا يبقى إلا اللجوء إلى خالق الأرض والسماء


0 Responses to “Kekuatan Berdoa 1 – Ibu, Cucu & Doktor”



  1. Tinggalkan Komen

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


LIKE QHAZANAH DI SINI

Info Qhazanah..

Memperkenal dan memperjuangkan program Memartabatkan Amalan Pemakanan Sunnah [MAPS] dan Semarak Mencintai Sunnah [SMS] sejak hampir 15 tahun yang lalu.

Kini dengan produk Qhazanah gabungan 10 gabungan makanan sunnah, melalui MAPS, SMS mula disemai dalam kembali mengenali sunnah dan tuntutannya ke atas kita umat Baginda Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam pada hari ini.

Terima kasih juga atas sokongan dan doa kalian yang tak putus kunjung selama ini..

WhatsApp ke (+6) 013 2038 102 untuk kiriman Qhazanah terus ke alamat anda..!

Hits Ziarah Qhazanah

  • 305,755 Pengunjung

Dari Serata Dunia

free counters

Ahlan Wa Sahlan Ya Khaira Ummati

Ogos 2015
F S S M T W T
« Jan   Oct »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Peti Qhazanah


%d bloggers like this: