Archive for the 'Islam Cara Hidupku' Category

06
Aug
15

Kekuatan Berdoa 1 – Ibu, Cucu & Doktor

Dimaklumkan kisah benar berlaku di Pakistan.

Seorang Dr Pakar Bedah terkenal bernama Dr Ishan tergesa-gesa menuju airport. Beliau akan menghadiri Seminar Dunia dalam bidang perubatan yang akan membincangkan penemuan terbesarnya di dalam bidang perubatan.

Setelah perjalanan pesawat kira-kira 1 jam, tiba-tiba pesawat mengalami gangguan dan perlu mendarat di airport yang terdekat. Beliau menuju ke bilik penerangan dan berkata:
“Saya ini doktor pakar, setiap minit nyawa manusia bergantung pada saya dan sekarang kamu meminta saya menunggu pesawat dibaiki dalam tempoh 16 jam?”

Pegawai itu menjawab:
“Wahai doktor, jika anda tergesa-gesa anda boleh menyewa kereta, destinasi anda tidak jauh lagi dari sini, kira- kira dengan kereta mengambil masa 3 jam.”

Dr. Ishan setuju dengan cadangan pegawai tersebut dan lalu dia menyewa sebuah kereta. Baru berjalan 5 minit, tiba-tiba cuaca mendung disusuli dengan hujan lebat yang mengakibatkan jarak pandang sangat terhad.

Setelah berlalu hampir 2 jam, dia tersedar yang dia telah tersesat dan terasa sangat keletihan.
Kelihatan sebuah rumah kecil tidak jauh dari hadapannya, lalu dia singgah di rumah tersebut. Dia mengetuk pintu dan terdengar suara seorang wanita tua:

“Sila masuk, siapa ya?”
Dia masuk dan meminta kepada wanita tua tersebut untuk berehat dan mahu meminjam telefon. Wanita tua itu tersenyum dan berkata:

“Telefon apa Nak? Apa kamu tidak sedar ada di mana? Di sini tidak ada elektrik, apalagi telefon. Namun demikian, masuklah dahulu untuk berehat, tunggu sebentar saya buatkan teh dan sedikit makanan untuk menyegarkan dan mengembalikan kekuatan kamu.”

Tempah Sekarang..!

Tempah Sekarang..!

Qhazanah: Gabungan 10 Makanan Terbaik Dunia
Makanan Yang Bersih, Menempa Hati Yang Jernih
https://qhazanah.wordpress.com
https://fb.com/qhazanah.original
Tempahan Qhazanah : WhatsApp +60132038102

Dr. Ishan mengucapkan terima kasih kepada ibu itu, lalu menjamu selera..
Sementara wanita tua itu menunaikan solat dan berdoa, doktor tersebut perlahan-lahan mendekati seorang kanak-kanak yang terbaring tidak bergerak di atas katil di sisi wanita tua tersebut dan dia kelihatan gelisah. Wanita tua tersebut meneruskan solatnya dengan doa yang panjang.

Doktor mendatanginya dan berkata:
“Demi Allah, anda telah membuat saya kagum dengan keramahan anda dan kemuliaan akhlak anda, semoga Allah memakbulkan doa-doa anda.”

Berkata wanita tua itu:
“Nak, anda ini adalah Ibnu Sabil yang sudah diwasiatkan Allah untuk dibantu. Sedangkan doa-doa saya sudah dimakbul Allah semuanya, kecuali satu.”

Bertanya Dr. Ishan:
“Apa doanya?”

Wanita tua itu berkata:
“Anak ini adalah cucu saya, dia yatim piatu. Dia menderita sakit yang tidak boleh diubati oleh doktor-doktor yang ada di sini. Kata mereka kepada saya ada seorang doktor pakar bedah yang mampu menyembuhkan, namanya Dr. Ishan. Tetapi dia tinggal jauh dari sini dan tidak mungkin untuk saya membawa anak ini ke sana. Saya bimbang jika berlaku apa-apa semasa dalam perjalanan. Makanya saya berdoa kepada Allah agar memudahkannya.”

Menangislah Dr. Ishan dan berkata sambil teresak:
“Allahu Akbar, Laa haula wala quwwata illa billah. Demi Allah, sungguh doa ibu telah membuat pesawat rosak dan perlu diperbaiki lama serta membuat hujan petir dan menyesatkan saya, hanya untuk menghantarkan saya ke sini secara cepat dan tepat. Sayalah Dr. Ishan, sungguh Allah سبحانه و تعالى‎ telah menciptakan sebab seperti ini kepada hambaNya dengan doa. Ini adalah perintah Allah kepada saya untuk merawat anak ini.”

Tauladan : Lihatlah kekuatan berdoa..
Usah berputus asa untuk berdoa..

[ Qhazanah: Gabungan 10 Makanan Terbaik Dunia Makanan Yang Bersih, Menempa Hati Yang Jernih https://qhazanah.wordpress.com https://fb.com/qhazanah.original Tempahan Qhazanah : WhatsApp +60132038102 ]

Teks asal kisah ini:

قصة واقعية حقيقية فيها من العجب !! حصلت في باكستان : خرج الطبيب الجراح الشهير (د : ايشان) على عجل الى المطار للمشاركة في المؤتمر العلمي الدولي الذي سيلقى فيه تكريماً على انجازاته الکبيرة في علم الطب , وفجأة وبعد ساعة من الطيران أُعلن أن الطائرة أصابها عطل كبير بسبب صاعقة ، وستهبط اضطرارياً في أقرب مطار ، توجه الى استعلامات المطار مخاطباً : أنا طبيب عالمي كل دقيقة عندي تساوي أرواح أ ناس وأنتم تريدون أن أبقى 16 ساعة بإنتظار طائرة؟. أجابه الموظف : يادكتور، إذا كنت على عجلة يمكنك إستئجار سيارة ، فرحلتك لاتبعد عن هنا سوى 3 ساعات بالسيارة . رضي د / ايشان على مضض وأخذ السيارة وظل يسير وفجأة تغير الجو وبدأ المطر يهطل مدراراً وأصبح من العسير أن يرى اي شيء أمامه وظل يسير وبعد ساعتين أيقن أنه قد ضل طريقه وأحس بالتعب رأى أمامهُ بيتاً صغيراً فتوقف عنده وطرق الباب فسمع صوتًا إمرأة كبيرة تقول: – تفضل بالدخول كائنًا من كنت فالباب مفتوح دخل وطلب من العجوز المقعدة أن يستعمل تليفونهآ ضحكت العجوز وقالت : أي تليفون ياولدي؟ ألا ترى أين أنت؟ هنا لا كهرباء ولا تليفونات ولكن تفضل واسترح وخذ لنفسك فنجان شاي ساخن وهناك بعض الطعام كل حتى تسترد قوتك. شكر د/ ايشان المرأة وأخذ يأكل بينما كانت العجوز تصلي وتدعي وانتبه فجأة الى طفل صغير نائم بلا حراك على سرير قرب العجوز وهي تهزه بين كل صلاة وصلاة ، استمرت العجوز بالصلاة والدعآء طويلاً فتوجه لها قائلًا: – …. والله لقد اخجلني كرمك ونبل أخلاقك وعسى الله أن يستجيب لك دعواتك قالت العجوز: – ياولدي أما أنت ابن سبيل أوصى بك الله و أما دعواتي فقد أجابها الله سبحانه وتعالى كلها إلا واحدة ، فقال د / ايشان: – وماهي تلك الدعوة ؟ قالت : هذا الطفل الذي تراه حفيدي يتيم الأبوين ، أصابهُ مرضٌ عضال عجز عنه كل الأطباء عندنا ، وقيل لي أن جراحاً كبيراً قادر على علاجه يقال له د/ايشان ولكنه يعيش بعيداً من هنا ولا طاقة لي بأخذ هذا الطفل الى هناك وأخشى أن يشقى هذا المسكين فدعوت الله أن يسهل امرى… بكى د/ ايشان وقال : والله ان دعاءك قد عطل الطائرات وضرب الصواعق وأمطر السمآء ، كي يسوقني إليك سوقاً والله ما ايقنت أن الله عز وجل يسوق الأسباب هکذا لعباده المؤمنين بالدعآء حينما تنقطع الأسباب لا يبقى إلا اللجوء إلى خالق الأرض والسماء

28
Jan
10

Benarkah Hantu Dan Bolehkah Roh Kembali..?

Ingin tahu keistimewaan intipati Qhazanah..? Sila klik [DI SINI]

Hantu Dan Kita

Sekarang ni, makin menjadi-jadi filem berkisarkan perihal hantu, sihir, saka dan macam-macam lagi.. Begitu juga perihalnya di televisyen.. Mungkin ramai di sana ada tanggapan yang pelik-pelik..

"Asyik korang je tengok cerita Kak Pon .. Penaat..! Biar Kak Pon keluar tengok korang pulak.."

Ibubapa pula salah teknik dalam mendidik anak-anak supaya menjadi anak yang taat.. Setiap kali nak buat anak akur kepada arahan atau permintaan mereka, maka hantu, momok, jembalang dan macam-macam lagi kita gunakan agar anak menjadi takut dan dengar arahan atau permintaan tersebut.

Ini adalah kaedah yang ternyata sama sekali amatlah salah dan ia membentuk anak-anak yang lebih berjiwakan takut kepada makhluk-makhluk lebih daripada takut kepada Allah..

Ada sesetengah kes pula, anak-anak dididik supaya mengulang sesuatu perkataan agar tidak diganggu oleh makhluk halus.. Antaranya bila terpaksa lalu atau melepaskan hajat berhampiran belukar atau hutan maka anak-anak dididik supaya menyebut kata laluan atau password yang kononnya penting seperti; Terus membaca ‘Benarkah Hantu Dan Bolehkah Roh Kembali..?’

05
Nov
09

Bagaimana Jika Wanita Tawar Diri Untuk Diperisterikan

Meminang

Pernah (biasa) juga ana dipinang orang.. 🙂

Al Ustaz Dato’ Dr Haron Din

SOALAN: Dato’.. Bolehkah atau tidak seorang perempuan menyerah diri kepada seorang lelaki untuk diperisterikan atas alasan mengikut sunnah, sepertimana berlaku pada seorang perempuan pada zaman Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam, menyerah diri kepada baginda untuk diperisterikan dan baginda menerimanya sebagai isteri. Mohon penjelasan. – MAWAR UNGGU

JAWAPAN:
Memang benar apa yang anda nyatakan bahawa pernah berlaku pada zaman Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam, seorang perempuan datang menghadap baginda dan menyerah diri kepada baginda untuk dinikahi. Terus membaca ‘Bagaimana Jika Wanita Tawar Diri Untuk Diperisterikan’

19
Oct
09

Qhazanah Bertambah M.A.N.T.O.P..!

Ingin tahu keistimewaan intipati Qhazanah..? Sila klik [DI SINI]

Tempah Sekarang..!

Tempah Sekarang..!

Info Popular Qhazanah..

Benarkah: Batu Terapung Dalam Peristiwa Isra’ Mikraj

Apa Hukum Anda Sambut Valentine & Hadiahkan Atau Jual Bunga Kerananya..

Benarkah Hantu Dan Bolehkah Roh Kembali

Isra’ Mikraj : Golongan Lelaki & Wanita Ahli Neraka

Al Hadith Hari Ini : Tidur Dan Sunnah

Hukum Jual Beli Lepas Azan Jumaat

TIPS : Elak Histeria

Senarai Pengedar Qhazanah

Kenali Qhazanah, Cintai Qhazanah

Qhazanah : Jengah Dan Sebarkanlah

Al Hadith Hari Ini – Episod 1 : Memulakan Hari Baru

PANAS – SAMBUTAN LUAR BIASA –




09
Sep
09

Aku Dalam Operasi Memburu Malam Al Qadr

Ingin tahu keistimewaan intipati Qhazanah..? Sila klik [DI SINI]

Qhazanah Al Qadr

Salamun’alaik..

Syukur ke hadrat Allahurabbi yang masih memberi keizinan meminjamkan modal kepada kita untuk meneruskan amalan sebagai hambaNya sementara menanti masa untuk dimatikan dan direhatkan di dalam kubur dan dihidupkan semula untuk dihitung amalan-amalan sepanjang bergelar manusia yang beragama Islam..

Terima kasih kepada kalian para sahabat yang terus memberi sokongan dan doa agar perjuangan ini dapat diteruskan lagi.. Tak juga lupa buat sahabat dan teman seperjuangan Al Ustaz Zamri Zainuldin yang terus memberi sokongan kepada usaha murni ini..

Semoga Allah merahmati usaha ini..

Satu persoalan.. Terus membaca ‘Aku Dalam Operasi Memburu Malam Al Qadr’

14
Aug
09

Al Ustaz Muhammad Asri Ibrahim Dalam Kenangan: Pergi Tidak Kembali Lagi

Olahan Oleh: A.A

New

Ustaz Asri Dlm Kenangan..

Al Ustaz Muhammad Asri Ibrahim Rabbani Kembali Ke Rahmatullah

Seorang teman memaklumkan kepada penulis, satu berita yang merentap air mata untuk menitis dengan tiba-tiba.. Umpama terpana dilibas halilintar..! Dunia dakwah tanahair terpaku sebentar.. Bagaikan masa benar-benar berhenti tatkala mendapat berita kepulangan pendakwah kesayangan ramai ini ke rahmatullah..

Posisi beliau mencakupi dari segala sudut..

Seorang hamba Allah, seorang anak, seorang suami, seorang bapa, seorang ulama, seorang pahlawan nasyid dan ahli perniagaan juga vokalis utama kumpulan Rabbani, Al Ustaz Muhammad Asri Ibrahim (Ustaz Asri) meninggal dunia semasa terlibat dalam aktiviti rakaman di RTM pada hari Khamis 13 Ogos 2008 bersamaan 22 Syaaban 1430 hijrah kira-kira jam 11.15 pagi.

Al Ustaz Asri rebah ketika terlibat dengan program di RTM. Para sahabat bergegas ke arah beliau dalam keadaan amat terkejut. Beliau dikejarkan ke Hospital Pantai sejurus itu.

Bagaimana pun beliau disahkan telah menghembuskan nafas terakhir sejurus selepas rebah ketika itu.

Pahlawan Nasyid

Ramai yang amat terkejut dengan berita ini. Teman seperjuangan dari kumpulan nasyid Raihan menyifatkan allahyarham Ustaz Muhammad Asri Ibrahim sebagai ‘pahlawan nasyid’ yang sukar dicari ganti.

Che Amran Ibrahim (Raihan) dalam sebak sambil menahan perasaan sedihnya menyatakan “Berita ini sememangnya memeranjatkan kami, sama seperti anggota kami yang telah meninggal dunia dahulu allahyarham Zaiery yang pergi dengan cara mengejut,”. Jelas beliau lagi pemergian vokalis nasyid yang bersuara “emas’  itu amat sukar dicari ganti.

Che Amran menyifatkan Ustaz Asri yang bersuara ’emas’ sebenarnya merupakan ikon kepada kumpulan nasyid yang ada pada hari ini dan menjelaskan bahawa walaupun Rabbani hanya ditubuhkan pada tahun 1998, namun namanya telah lama terkenal dengan seni irama nasyid sejak sekian lamanya khususnya sewaktu menganggotai Nadamurni.

“Begitu juga ahli anggota Raihan yang ditubuhkan turut mendapat respond yang baik dari allahyarham sendiri, bahkan allahyarham turut memberi saranan supaya perbanyakkan kumpulan nasyid.

“Ianya bertujuan supaya masyarakat turut mendapat hiburan alternatif yang menjurus kepada Islam sebagai mengimbangi lagu-lagu versi lain yang ada pada hari ini,” ujarnya.

Ulama nasyid

Kali terakhir bertemu dengan allahyarham dua malam lalu untuk berbincang tentang program nasyid yang bakal diadakan bersama selepas ini.

Anggota Kumpulan Hijjaz, Isman Hisyam, 40, menyifatkan allahyarham sebenarnya seorang ulama yang masyhur dalam nasyid.

“Walaupun kita nampak dia bernasyid, tetapi sebenarnya dia seorang ulama bahkan tempat anggota kumpulan nasyid membuat rujukan khususnya tentang Islam,”ujarnya.

Beliau yang kini berada di Kota Bharu untuk promosi Kopi Hijjaz, bagaimanapun melahirkan rasa terkilan sebab tidak dapat pulang menziarahi allahyarham buat kali terakhir kerana masaalah tiket penerbangan telah habis. Image

Menurutnya, semua tiket sama ada MAS, Firefly, Air Asia kesemuanya habis untuk penerbangan hari ini.

Jelas Isman lagi, beliau amat terkejut dengan berita yang baru diterima apabila salah seorang anggota Kumpulan Rabbani ‘Azadan’ menghubunginya memberitahu Asri sudah meninggal dunia.

“Kami macam adik beradik walaupun berlainan kumpulan sebab kumpulan nasyid mana-mana pun menuju ke arah yang sama iaitu membawa manusia ke jalan yang benar serta sentiasa mengaggungkan Allah,” ujarnya.

Tambahnya, lagipun kumpulannya sentiasa merangkakan program bersama khususnya rakaman ‘zikir’ bersama Rabbani.

Sehubungan itu, beliau menyeru semua peminat Rabbani khususnya umat Islam mendoakan kesejahteraan allahyarham agar mendapat limpahan rahmat yang tidak perbah putus.

“Kami juga berharap semua peminat seni nasyid tanah air supaya bersabar menerima berita yang begitu menyentuh jiwa ini,”ujarnya yang tidak dapat menahan sebak.

Untuk rekod, salah seorang anggota Hijjaz, iaitu Salleh telah meninggal dunia akibat masalah paru-paru, ianya diikuti dengan anggota kumpulan Raihan, Zaery meninggal dunia akibat serangan jantung beberapa bulan selepas itu.

Juara ABP lapan tahun berturut-turut

Ustaz Asri dilahirkan pada 3 Ogos 1969 di Klang, Selangor.

Beliau menyertai kumpulan nasyid terkenal itu sejak ia ditubuhkan secara rasmi pada 1 Mac 1997 dengan dianggotai oleh sembilan orang termasuknya.

Kehilangan Asri kini bermakna hilanglah tunjang Rabbani memandangkan arwah banyak menyumbangkan kemajuan prestasi dan memberikan kejayaan kepada Rabbani.

Atas kejayaan itu, maka tidak hairanlah jika Rabbani dijulang sebagai Penyanyi/Artis Nasyid Popular di Anugerah Bintang Popular (ABP) selama lapan tahun berturut-turut.

Kemunculan Rabbani yang turut dianggotai oleh Mohd. Asri Baidul @ Ubaidullah, Azadan Abdul Aziz, Muhammad Luqman Abd Aziz, Muhammad Rithauddeen Yaakob, Mohamad Afandi Shahbudin, Ahmad Shafie, Nazrul Azhar Tamrin dan Zulkiflee Azman ini adalah dengan konsep yang tersendiri.

Dalam tempoh lebih 12 tahun berada dalam industri ini, Rabbani telah menghasilkan 19 buah album seperti ‘ARAH Dari Mana Ke Mana’ (1997), ‘Pergi Tak Kembali’ (1999), ‘Intifada’ (2000), ‘Yalla Beena’ (2004) dan yang terbaru, ‘Nostalgia Nada Murni’.

Jemaah MiM merasakan kehilangan tenaga dakwah atas pemergian Allahyarham Al Ustaz Muhammad Asri Ibrahim. Salam takziah dari pihak MiM buat ahli keluarga, para sahabat dan teman Allahyarham. Kami mendoakan semoga usaha dalam mengimbangi dakwah dalam dunia seni terus disambung perjuangan ini oleh kalian..

Luangkan seminit untuk Allahyarham lafaz Al Fatihah..

Al Fatihah..

Topblogs @ iLuvislam

26
Jul
09

Jom Ziarah Maya Ke Masjid Al Aqsa Dan Qubbatul Sakhra Di Palestine

New

Bismillah

Jom Ziarah..!

Jom Ziarah..!

Salamun’alaik..

Tanah suci ketiga umat Islam yakni Baitulmaqdis selepas Makkah dan Madinah ini, sehingga hari ini terus menjadi rebutan kaum Kristian dan Yahudi dari tangan umat Islam di sana..

Teruskan usaha sokongan dan doa semoga Allah terus memberi kemenangan kepada umat Islam di sana..

Jika artikel sebelum ini, ana menjelaskan gambaran sebenar akan Batu Terapung kepada antum sekalian, kali ini ana ingin terus ingin membawa antum sekalian menziarahi Masjid Al Aqsa dan Masjid Kubah Batu (Qubbatul Sakhra)  secara maya..

Kali ini, antum semua boleh melihat keadaan masjid-masjid ini di sana dan juga yang istimewa ialah;

Menziarahi rupa bentuk sebenar keadaan di bawah Batu Terapung seperti yang dijelaskan oleh Al Imam Abu Bakar Ibnu ‘Arabi, Dato’ Dr. Haron Din dan pengalaman Ummi Latifah juga Bonda beliau di sana. Penjelasan mereka boleh di lihat melalui komen mereka melalui artikel [ BENARKAH : Batu Terapung Dalam Peristiwa Isra’ Mikraj Di Palestine ] yang lalu.

Untuk sampaikan atau kemukakan (foward) berita ini kepada kenalan yang lain sila salin dan tampal (copy & paste) keterangan di bawah ini ( ke e-mail, mesej tagged, friendster dan lain-lain ) bermula tanda ** dan berakhir dengan tanda ** seperti di bawah:

**Salamun’alaik..

Nak tahu keadaan sebenar dan rupa dalaman Masjid Al Aqsa, Qubbatul Sakhra yang di bawahnya terdapat Batu Terapung serta yang juga istimewa, rasai pengalaman melihat keadaan di bawah Batu Terapung seperti yang sering kita dengar dalam peristiwa Isra’ Mikraj..?

Jemput ziarah;

https://qhazanah.wordpress.com/2009/07/26/jom-ziarah-maya-ke-masjid-al-aqsa-qubbatul-sakhra-di-palestine/

Tlg foward dlm buletin atau mesej antum semua ya..

Salam Ziarah dari Bumi Palestine..**

Bersama ini ingin ana kongsikan bersama para tetamu Qhazanah, untuk menziarahi secara maya melalui ruangan 3D 360 darjah..! InsyaAllah antum sekalian akan terpesona dengannya.. Terus membaca ‘Jom Ziarah Maya Ke Masjid Al Aqsa Dan Qubbatul Sakhra Di Palestine’




Info Qhazanah..

Memperkenal dan memperjuangkan program Memartabatkan Amalan Pemakanan Sunnah [MAPS] dan Semarak Mencintai Sunnah [SMS] sejak hampir 15 tahun yang lalu.

Kini dengan produk Qhazanah gabungan 10 gabungan makanan sunnah, melalui MAPS, SMS mula disemai dalam kembali mengenali sunnah dan tuntutannya ke atas kita umat Baginda Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam pada hari ini.

Terima kasih juga atas sokongan dan doa kalian yang tak putus kunjung selama ini..

WhatsApp ke (+6) 013 2038 102 untuk kiriman Qhazanah terus ke alamat anda..!

Hits Ziarah Qhazanah

  • 313,244 Pengunjung

Dari Serata Dunia

free counters

Ahlan Wa Sahlan Ya Khaira Ummati

April 2017
F S S M T W T
« Oct    
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  

Peti Qhazanah