Posts Tagged ‘Islam

05
Nov
09

Bagaimana Jika Wanita Tawar Diri Untuk Diperisterikan

Meminang

Pernah (biasa) juga ana dipinang orang.. 🙂

Al Ustaz Dato’ Dr Haron Din

SOALAN: Dato’.. Bolehkah atau tidak seorang perempuan menyerah diri kepada seorang lelaki untuk diperisterikan atas alasan mengikut sunnah, sepertimana berlaku pada seorang perempuan pada zaman Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam, menyerah diri kepada baginda untuk diperisterikan dan baginda menerimanya sebagai isteri. Mohon penjelasan. – MAWAR UNGGU

JAWAPAN:
Memang benar apa yang anda nyatakan bahawa pernah berlaku pada zaman Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam, seorang perempuan datang menghadap baginda dan menyerah diri kepada baginda untuk dinikahi. Terus membaca ‘Bagaimana Jika Wanita Tawar Diri Untuk Diperisterikan’

21
Mei
09

Al Hadith Hari Ini : Tidur Dan Sunnah

A.ABagaimana Cara Anda Tidur..?Panas..!

Diolah oleh: A.A

بسم الله الرحمن الرحيم

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam menjadi Guru sepanjang zaman dan teladan serta ikutan terbaik seluruh insan. Didikannya terperinci sehingga bab tidur pun turut ada adabnya.. Benarlah baginda suatu contoh ikutan sehingga akhir zaman.. InsyaAllah, di laman sesawang ini para pembaca yang sudi menziarahi boleh rujuk hadith berkaitan topik ini serta dzikir dan doa juga amalannya di bawah mukasurat ini. Teruskan membaca..

Ramai di kalangan kita yang memberi perhatian dan keutamaan kepada bilik tidur demi keselesaan semasa berada di dalamnya.

Orang ramai banyak merujuk kepada pakar-pakar interior design untuk memiliki bilik tidur idaman mereka. Ada juga di kalangan kita yang banyak membelanjakan wang ke arah buku-buku untuk memperhias dan mencantikkan bilik tidur.

Setelah itu ribuan ringgit dicurah dalam melahirkan konsep bilik tidur idaman dengan harapan ia akan membina suasana yang menampilkan ketenangan jiwa. Tetapi, adakah ia menepati tuntutan Islam..? Cuba renungkan sejenak..

Nak Bilik Macam Ini..?

Nak Bilik Macam Ini..?

Atau Nak Yang Macam Ini..?

Atau Nak Yang Macam Ini..?

Yang Ini Pun Nak..?

Yang Ini Pun Nak..?

Dengan harapan yang tinggi menggunung itu, bilik tidur dihias dengan pelbagai hiasan seperti;

1.Almari pakaian dari kayu jati.

2. Almari solek dengan cermin yang luas.

3. Jendela dan pintu masuk bilik dihias dengan langsir yang warnanya memikat.

4. Warna dinding bilik yang serasi dengan suasana idaman kontemporari.

5. Ciri-ciri bilik ‘ala spa’

6. Tak lupa katil beserta ‘pintu gerbangnya’ yang berhias, yang tilamnya ribuan ringgit beserta cadar dan sarung bantal  dan bantal yang licin dan gebu.

7. Ciri-ciri ‘feng-shui’ yang dirujuk kepada si pakarnya.

Atau Ini Bilik Anda Sekarang..? Oops..

Atau Ini Bilik Anda Sekarang..? Oops..

(Kalau ada sesuatu yang penulis tertinggal atau tak sertakan sila komen ya..) Segala-galanya adalah demi keselesaan semasa berada di bilik romantis ini.. Tetapi masih ada satu persoalan..

– BAGAIMANA ANDA TIDUR..? –

Terus membaca ‘Al Hadith Hari Ini : Tidur Dan Sunnah’




Info Qhazanah..

Memperkenal dan memperjuangkan program Memartabatkan Amalan Pemakanan Sunnah [MAPS] dan Semarak Mencintai Sunnah [SMS] sejak hampir 15 tahun yang lalu.

Kini dengan produk Qhazanah gabungan 10 gabungan makanan sunnah, melalui MAPS, SMS mula disemai dalam kembali mengenali sunnah dan tuntutannya ke atas kita umat Baginda Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam pada hari ini.

Terima kasih juga atas sokongan dan doa kalian yang tak putus kunjung selama ini..

WhatsApp ke (+6) 013 2038 102 untuk kiriman Qhazanah terus ke alamat anda..!

Hits Ziarah Qhazanah

  • 315,239 Pengunjung

Dari Serata Dunia

free counters

Ahlan Wa Sahlan Ya Khaira Ummati

Mei 2017
J S A I S R K
« Okt    
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Peti Qhazanah