Posts Tagged ‘Qhazanah



02
Sep
09

Buah Delima Qhazanah

Intipati Qhazanah

– Buah Delima –

Qhazanah Delima

Buah Delima : Teman Kurma Dalam Syurga

Di dalam Al Quran juga dijelaskan akan keistimewaan kedudukan dua buah yang utama yakni buah Kurma dan buah Delima.

“Di dalam kedua- duanya (syurga) juga terdapat buah- buahan serta pohon kurma dan delima”. (Surah Ar Rahman : Ayat 68).

Sudah tentu juga manfaat buah delima ini tinggi khasiatnya buat kita. Dijelaskan ia mengandungi unsur nutrien seperti vitamin C, niasin, tiamin, fosforus, riboflavin, dan kalsium serta sodium.

Promo Qhazanah 6

>Pengguna WhatsApp Tempah Qhazanah Dengan Klik Di Sini<

Buah Delima bersifat lembap dan panas serta amat baik untuk dada dan paru- paru kerana ia membantu melegakan batuk juga untuk menguatkan perut dan tekak.

Klik Pada Intipati Makanan Sunnah Qhazanah Yang Ingin Anda Selidiki Di Bawah Ini ;-

– MADU ASLI-

– AIR ZAM-ZAM –

– BUAH KURMA AJWAH –

– BUAH KURMA RUTHOB –

BUAH TINN –

– BUAH DELIMA –

– BUAH ZAITUN –

– HABBATUS SAUDA –

-ZA’FFRAN –

– KISMIS –

Jika anda rasa artikel ini memberi info yang bermanfaat sila undi dengan klik;

Topblogs @ iLuvislam

Juga, sudi-sudilah beri komen membina di bawah yea.. Syukran jazilan, wassalam..

02
Sep
09

Air Zam-Zam Qhazanah

Intipati Qhazanah

– Air Zam-Zam

Qhazanah Air Zam Zam

Air Zam-Zam : Qhazanah Tunggal Umat Islam

Lagenda Air Zam-Zam bermula dari sejarah Islam yang masyhur lagi benar dan terbukti kisahnya di dalam Al Quran dan Al Hadith. Ia tidak mempunyai punca yang melata, akan tetapi punca air Zam-Zam  hanya terdapat di Makkah Al Mukarramah. Inilah qhazanah tunggal umat Islam, permata berharga yang mulia dan diberkati.

Ajaibnya Air Zam-Zam – Punca telaga Zam-Zam yang terakam dalam sejarah terus melimpahkan airnya kepada jutaan umat Islam sehingga kini. Kerajaan  Arab Saudi membuat sambungan terusan dari puncanya di Makkah Al Mukarramah hingga ke Madinah Al Munawwarah bagi membekalkan air suci kurniaan Allah ini di bumi barakah.  Bayangkan punca air yang terbit di tengah-tengah padang pasir ini terus mengalir tanpa henti 24 jam sehari, 365 hari setahun. Alangkah beruntungnya kita.

Air Zam-Zam Sebagai Penawar – Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda mengenai air zam-zam sebagai penyembuh;

“Air yang paling baik di permukaan bumi adalah air Zam-Zam. Ia mengandungi makanan yang bergizi dan MENYEMBUHKAN penyakit”. (Riwayat At Tabrani)

Air Zam-Zam bersifat alkali tanpa perlu diproses. Dan yang menakjubkan ia air semulajadi bersifat alkali paling tinggi sifatnya di dunia. Keunikan air Zam-Zam ini ialah ia boleh diamal oleh (dalam kes-kes terpencil) mereka yang mempunyai masalah kesihatan yangmana badan mereka tidak boleh menerima kehadiran makanan atau minuman yang tinggi sifat alkali. Berbeza dengan kebanyakan individu, kita memerlukan kehadiran cecair alkali bagi menyeimbangi dan menyingkirkan kehadiran asid secara melampau dalam tubuh.

 

Promo Qhazanah 6

>Pengguna WhatsApp Tempah Qhazanah Dengan Klik Di Sini<

 

Air Zam-Zam Diberkati Dan Bergizi – Keistimewaan air Zam-Zam sepertimana yang digabungkan dalam Qhazanah, dijelaskan lagi melalui pesan Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dalam sabda baginda;

“Zam-Zam diberkati dan mengandungi makanan bergizi“. (Riwayat Muslim)

Pelbagai kajian dijalankan bagi memperincikan keunikan air Zam-Zam dalam mempengaruhi kesihatan individu. InsyaAllah, penulis akan menghuraikan sejarah lagenda air Zam-Zam di laman sesawang Qhazanah.

Klik Pada Intipati Makanan Sunnah Qhazanah Yang Ingin Anda Selidiki Di Bawah Ini ;-

– MADU ASLI-

– AIR ZAM-ZAM –

– BUAH KURMA AJWAH –

– BUAH KURMA RUTHOB –

BUAH TINN –

– BUAH DELIMA –

– BUAH ZAITUN –

– HABBATUS SAUDA –

-ZA’FFRAN –

– KISMIS –

Jika anda rasa artikel ini memberi info yang bermanfaat sila undi dengan klik;

Topblogs @ iLuvislam

Juga, sudi-sudilah beri komen membina di bawah yea.. Syukran jazilan, wassalam..

02
Sep
09

Madu Asli Qhazanah

Intipati Qhazanah

– Madu Asli –

Qhazanah Madu Asli

Lebah adalah satu lagi bukti  dalam Al Quran akan ketaatan makhluk selain manusia yang patuh dan taat kepada perintah Allah. Di dalam surah An Nahl, perintah Allah kepada Sang Lebah memberi manfaat kepada manusia sebagai penawar dirakam.

“Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan serta buah-buahan (yang engkau sukai) dan turutilah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkanNYA kepadamu. Dengan itu keluarlah dari badannya minuman (Madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi PENAWAR bagi manusia (dari pelbagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu ada tanda (membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir”.

Madu dijelaskan didalam Al Quran sebagai penawar secara rasmi.  Dan ia diperkuatkan lagi dengan pesanan Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam akan sifatnya sebagai penawar atau penyembuh dalam sabda Baginda:

“Ambillah, pergunakanlah olehmu sekalian, akan dua PENAWAR yakni MADU dan AL QURAN“. (Riwayat Ibnu Majah)

Keunikan Madu Menjadi Pilihan Terbaik

Madu antara adalah makanan yang paling popular di kalangan pakar kesihatan kerana keunikannya memberi yang terbaik untuk kesihatan manusia.

Promo Qhazanah 6

>Pengguna WhatsApp Tempah Qhazanah Dengan Klik Di Sini<

 

 

Madu PENAWAR Barah (Cancer)

Sel-sel kanser berupaya dibunuh melalui fungsi asid retionik yang bertukar dari beta-carotene setelah melalui proses di dalam tubuh sebagai ANTIOKSIDA (antioxidant).

Tinggi sifat ANTIOKSIDA

Madu umpama bahan pembersih untuk tubuh manusia atas sifatnya yang tinggi antioksida. Ini bermaksud ia memerangkap radikal bebas di dalam tubuh yang boleh mencetus sel rosak di dalam badan yang boleh membiak sebagai sel kanser.

Antiseptik dan Antibiotik

Madu berupaya menghentikan aktiviti bakteria yang menyerang luka serta menghalang jangkitan daripada terus merebak menurut kajian universiti Wales.

Pun begitu, ujian saintifik ke atas Madu wujud di kemudian hari yakni pada masakini. Sebagai umat Islam kita perlu mendahului berpegang kepada Al Quran dan As Sunnah samada wujud fakta sains mahupun tidak. Sepertimana penulis jelaskan di atas, perintah Allah kepada Lebah di dalam Al Quran dan menjadi Sunnah baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam sebagai contoh ikutan kita umat baginda.

Adalah sesuatu yang membelakangi tuntuan Islam apabila kita mendahulukan hujah dan fakta sains melebihi hujah Al Quran dan As Sunnah. Malah ada juga di kalangan kita yangmana apabila dinasihati oleh pakar kesihatan untuk meninggalkan makanan sunnah bagi mereka yang menghidapi masalah gula di dalam badan, hanya kerana madu bersifat manis sedangkan Al Quran dan As Sunnah menyatakan sebaliknya. Pesan Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam buat kita umat baginda dalam sabdanya;

“Ambillah, pergunakanlah olehmu sekalian, akan dua PENYEMBUH yakni MADU dan AL QURAN“. (Riwayat Ibnu Majah)

Kandungan Madu dalam Qhazanah menghasilkan yang terbaik untuk kesihatan kita. Apatah pula yang ianya digabungkan dengan makanan sunnah lain yang mujarab..!

Klik Pada Intipati Makanan Sunnah Qhazanah Yang Ingin Anda Selidiki Di Bawah Ini ;-

– MADU ASLI-

– AIR ZAM-ZAM –

– BUAH KURMA AJWAH –

– BUAH KURMA RUTHOB –

BUAH TINN –

– BUAH DELIMA –

– BUAH ZAITUN –

– HABBATUS SAUDA –

-ZA’FFRAN –

– KISMIS –

Jika anda rasa artikel ini memberi info yang bermanfaat sila undi dengan klik;

Topblogs @ iLuvislam

Juga, sudi-sudilah beri komen membina di bawah yea.. Syukran jazilan, wassalam..

22
Jun
09

Bagaimana Ingin Dapatkan Qhazanah..?

 

Cover 1

>Pengguna WhatsApp Tempah Qhazanah Dengan Klik Di Sini<

 

 

21
Mei
09

Al Hadith Hari Ini : Tidur Dan Sunnah

A.ABagaimana Cara Anda Tidur..?Panas..!

Diolah oleh: A.A

بسم الله الرحمن الرحيم

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam menjadi Guru sepanjang zaman dan teladan serta ikutan terbaik seluruh insan. Didikannya terperinci sehingga bab tidur pun turut ada adabnya.. Benarlah baginda suatu contoh ikutan sehingga akhir zaman.. InsyaAllah, di laman sesawang ini para pembaca yang sudi menziarahi boleh rujuk hadith berkaitan topik ini serta dzikir dan doa juga amalannya di bawah mukasurat ini. Teruskan membaca..

Ramai di kalangan kita yang memberi perhatian dan keutamaan kepada bilik tidur demi keselesaan semasa berada di dalamnya.

Orang ramai banyak merujuk kepada pakar-pakar interior design untuk memiliki bilik tidur idaman mereka. Ada juga di kalangan kita yang banyak membelanjakan wang ke arah buku-buku untuk memperhias dan mencantikkan bilik tidur.

Setelah itu ribuan ringgit dicurah dalam melahirkan konsep bilik tidur idaman dengan harapan ia akan membina suasana yang menampilkan ketenangan jiwa. Tetapi, adakah ia menepati tuntutan Islam..? Cuba renungkan sejenak..

Nak Bilik Macam Ini..?

Nak Bilik Macam Ini..?

Atau Nak Yang Macam Ini..?

Atau Nak Yang Macam Ini..?

Yang Ini Pun Nak..?

Yang Ini Pun Nak..?

Dengan harapan yang tinggi menggunung itu, bilik tidur dihias dengan pelbagai hiasan seperti;

1.Almari pakaian dari kayu jati.

2. Almari solek dengan cermin yang luas.

3. Jendela dan pintu masuk bilik dihias dengan langsir yang warnanya memikat.

4. Warna dinding bilik yang serasi dengan suasana idaman kontemporari.

5. Ciri-ciri bilik ‘ala spa’

6. Tak lupa katil beserta ‘pintu gerbangnya’ yang berhias, yang tilamnya ribuan ringgit beserta cadar dan sarung bantal  dan bantal yang licin dan gebu.

7. Ciri-ciri ‘feng-shui’ yang dirujuk kepada si pakarnya.

Atau Ini Bilik Anda Sekarang..? Oops..

Atau Ini Bilik Anda Sekarang..? Oops..

(Kalau ada sesuatu yang penulis tertinggal atau tak sertakan sila komen ya..) Segala-galanya adalah demi keselesaan semasa berada di bilik romantis ini.. Tetapi masih ada satu persoalan..

– BAGAIMANA ANDA TIDUR..? –

Terus membaca ‘Al Hadith Hari Ini : Tidur Dan Sunnah’

17
Mei
09

Tingkatkan Daya Melawan Penyakit Dalam Diri Anda..!!

AA-qhazanah-admin

Apa Khabar Badan Anda Hari ini..?

Diolah Oleh : A.A

بسم الله الرحمن الرحيم

Dalam isu suhu cuaca yang panas dan kering kebelakangan ini, seluruh dunia mula dalam keadaan gusar akibat serangan pelbagai jenis wabak penyakit yang menular ke seluruh dunia..

Benarkah Tubuh Anda Tinggi Daya Melawan Penyakit..?

Benarkah Tubuh Anda Tinggi Daya Melawan Penyakit..?

Dari AH1N1 yang kini telah dikenalpasti menapak di Malaysia dan meragut nyawa sehingga 11 orang semasa artikel ini dikemaskini..

(Berita awal Selsema Babi )

Lagi berita maut Selsema Babi / Swine Flu / Influenza AH1N1, klik di sini.

(Ada lagi)

( Korban Selsema Babi Meningkat Mangsa Ke 8 – Klik )

(Selsema Babi ragut 3 Nyawa Dalam 1 Hari – Klik)

(Selsesema Babi Di Sana Sini – Klik)

Dengan tahap kesedaran rakyat Malaysia yang masih lagi di takuk lama, ia kini seolah-olah menjadi igauan ngeri yangmana tidak mustahil ia mampu merebak dengan lebih luas lagi seandainya tahap kesedaran ini tidak dipulihkan. Kini dengan masalah demam denggi yang tiada kesudahan, meningococcal meningitis, penyakit tangan kaki dan mulut  dan pelbagai lagi yang mula mendapat perhatian penasihat kesihatan.

Terus membaca ‘Tingkatkan Daya Melawan Penyakit Dalam Diri Anda..!!’




Info Qhazanah..

Memperkenal dan memperjuangkan program Memartabatkan Amalan Pemakanan Sunnah [MAPS] dan Semarak Mencintai Sunnah [SMS] sejak hampir 15 tahun yang lalu.

Kini dengan produk Qhazanah gabungan 10 gabungan makanan sunnah, melalui MAPS, SMS mula disemai dalam kembali mengenali sunnah dan tuntutannya ke atas kita umat Baginda Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam pada hari ini.

Terima kasih juga atas sokongan dan doa kalian yang tak putus kunjung selama ini..

WhatsApp ke (+6) 013 2038 102 untuk kiriman Qhazanah terus ke alamat anda..!

Hits Ziarah Qhazanah

  • 362,658 Pengunjung

Dari Serata Dunia

free counters

Ahlan Wa Sahlan Ya Khaira Ummati

April 2024
J S A I S R K
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930  

Terhangat..!

  • Tiada

Peti Qhazanah