21
Jul
09

BENARKAH : Batu Terapung Dalam Peristiwa Isra’ Mikraj Di Palestin

New

Bismillah

Setiap kali menjelang kalendar Rejab sempena kedatangan tarikh peristiwa Isra’ Mikraj, pasti gambar-gambar ini disebarkan ke serata dunia maya dan hasilnya, ramailah yang mempercayainya..

Berikut adalah gambar-gambar palsu yang  kononnya ia adalah Batu Terapung atau Batu Tergantung  seperti yang tercatat dalam peristiwa Israk Mikraj, tersebar meluas di dalam internet. Dan juga.. Ia diguna pakai dalam khutbah multimedia di masjid-masjid di KL..!

Gambar PALSU 1

Batu Terapung PALSU 1Gambar PALSU kononnya Batu Terapung / Tergantung di Palestine ini terus disebarkan dan amat kurang bagi mereka yang bertanya akan kesahihannya. (He-eh..? Kan terapung tu ustaz..? )

Gambar PALSU 2

Batu Terapung PALSU 2Gambar batu yang serupa dari sudut yang lain. Dah Nampak..?

Gambar PALSU 3

Batu Terapung PALSU 3Juga satu lagi sudut gambar palsu ini. Dah jelas..? Belum..?

Gambar PALSU 4

Batu Terapung PALSU 4Sekali lagi sudut yang lain gambar palsu ini. Haa.. Jelas..?

Gambar PALSU 5

Batu Terapung PALSU 5Tadaa.. ‘Breaking The Magician Code: The Magic Secret Reavealed’. Teknik murahan rupanya.. Guna Photoshop..

Jadi.. Mana yang  ASLInya..?

___________________________ …

Berikut yang penulis sertakan adalah gambar ASLI dan SAHIH Batu Terapung yang disebut dalam peristiwa Isra’ Mikraj..

Batu Terapung Dalam Peristiwa Isra' Mikraj

Batu Terapung Dalam Peristiwa Isra’ Mikraj

Berikut adalah soal-jawab dari seorang hamba Allah dengan Dato’ Dr. Haron Din mengenai Batu Terapung / Tergantung seperti yang dinyatakan dalam sejarah Isra’ Mikraj baru-baru ini, rujuk di bawah;

Promo Qhazanah 6

>Pengguna WhatsApp Tempah Qhazanah Dengan Klik Di Sini<

SOALAN:

Dato’, saya telah melihat gambar dalam internet dan mendengar beberapa ceramah Israk Mikraj, ada penceramah menunjukkan gambar batu besar yang tergantung-gantung di Masjidil Aqsa, Baitulmaqdis. Adakah benar batu itu tergantung-gantung (tidak berpihak di bumi) dan terlepas daripada tarikan graviti. Pohon Dato’ perjelaskan apakah yang sebenarnya. – ZAINAL AHMAD

JAWAPAN Dato’ Dr Haron Din:

Tempat Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam Dimikrajkan

Ulama umumnya berpendapat Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bermikraj dari satu tempat di Baitulmaqdis yang disebut sebagai Qubbatul Mikraj (kubah tempat dimikrajkan). Tempat itu juga dikenali sebagai Sakhrah Baitulmaqdis.

Pengalaman Al-Imam Abu Bakar Ibnul ‘Arabi

Dalam kitab al-Israk wal-Mikraj oleh Khalid Saiyyid Ali di halaman 82, atas tajuk yang bermaksud ‘Tempat Nabi bermikraj’, disebut di bawahnya suatu penulisan (yang bermaksud): “Berkatalah al-Imam Abu Bakar Ibnul ‘Arabi, ketika membuat penjelasan (syarah) Kitab al-Muwattak oleh Imam Malik disebutkan, batu besar di Baitulmaqdis adalah suatu keajaiban Allah SWT.

“Batu itu berdiri sendiri di tengah-tengah Masjidil Aqsa, tergantung-gantung dan terpisah daripada semua bahagiannya dengan bumi. Tidak ada yang memegangnya, melainkan Yang Memegang langit, daripada jatuh menimpa bumi.”

“Di puncaknya dari arah selatan, itulah tempat kaki Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam berpijak untuk menaiki Buraq, di sebelah itu agak condong. Dikatakan kerana kegerunannya atas kehebatan baginda Sallallahu ‘Alaihi Wasallam maka batu itu tergantung, saya sendiri takut untuk berada di bawahnya, kerana takut batu itu menghempap saya kerana dosa-dosa saya.”

“Setelah beberapa ketika kemudian, saya pun memberanikan diri dan masuk berteduh di bawahnya, maka saya dapat melihat pelbagai keajaiban. Saya dapat menyaksikan ia dari semua arah. Saya benar-benar melihatnya terpisah dari bumi. Ada arah yang lebih jauh terpisah dari bumi daripada arah yang lain.”

Inilah penulisan yang saya rujuk daripada penulisan seorang ulama besar yang dikenali dengan nama Ibnul ‘Arabi. Daripada sinilah timbul cerita demi cerita yang menyatakan batu tempat Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam tergantung-gantung. Itu adalah cerita dahulu. Ada sandarannya, ada catatannya dalam kitab-kitab yang berautoriti, termasuk daripada kitab yang saya sebutkan tadi.


Batu Terapung Pada Hari Ini Dari Pengalaman Dato’ Dr Haron Din

Ada pun mutakhir ini, saya sendiri berpengalaman, telah masuk dan melihat batu tersebut, yang sekarang tempat itu dikenali sebagai Qubbatul Sakhrah (kubah yang di bawahnya ada batu). Sekarang ini sudah berada di belakang daripada Masjid al Aqsa.

Jika dilihat Masjid al-Aqsa, imam akan dilihat berada nun jauh daripada arah kiblat dan berakhir kawasan masjid dengan Qubbatul Sakhrah ini.

Para Jemaah Mengambil Kesempatan Solat Di Bawah Batu Terapung

Satu lagi gambar asli dan  sahih Batu Terapung.  Para Jemaah Mengambil Kesempatan Solat Di Bawah Batu Terapung

Meneliti Batu Terapung

Saya telah memasuki tempat ini, berpeluang melihat batu itu dan masuk ke bawahnya. Memang batu itu benar-benar wujud dan terletak di tengah-tengah bangunan. Gambaran sekarang ini, batu itu jika dilihat daripada bawah, seolah-olah seperti sebuah payung besar, seperti gua yang kita berada di bawahnya. Saya menganggarkan keluasan tempat itu, sebesar ruang solat untuk 20 atau 25 orang, jika untuk masuk bersesak-sesak boleh sampai 150 orang.

Keadaan Berubah

Merenung batu itu dengan cermat, saya dapati ia sekarang terletak di atas fondisi konkrit batu yang kukuh. Di segenap arahnya berpijak ke atas fondisi itu dan tidak nampak pun ia tergantung seperti yang dijelaskan di atas. Semasa lawatan itu, saya kebetulan bertemu dengan Imam Besar Masjid al-Aqsa yang berada di situ, di samping pemandu pelancong kami. Mereka menyatakan memang dahulu batu besar yang macam payung itu tergantung-gantung.

Kegerunan Hati Manusia

Oleh kerana banyak pembesar-pembesar negara dan banyak pelawat-pelawat luar datang, mereka terperanjat dan amat gerun dengan keadaan batu itu, banyak yang tidak berani masuk di bawah batu itu, kerana takut tiba-tiba batu itu menghempap. Memandangan hal keselamatan penting dan mengelak daripada berlakunya berbagai tanggapan orang ramai ke atas keadaan yang unik itu, maka pihak berkuasa mengambil tindakan membina fondisi yang menyambung batu itu dari bumi.

Batu Terapung Isra' Mikraj -Dari Atas-Gambar simpanan lama Batu Terapung dari sudut atas.

Mengapa Berubah..?

Ketakutan pembesar-pembesar zaman ini samalah seperti yang dirasai oleh al-Imam Aku Bakar Ibnul ‘Arabi seperti dalam bukunya.

Maka atas itulah batu tersebut sudah tidak lagi kelihatan tergantung-gantung, tetapi ia menjadi seperti sebuah bangunan yang di bawahnya boleh dimasuki, ia kelihatan seperti sebuah batu biasa yang dapat dilihat. Wallahua’lam.

SEBARKAN: Sila copy dan paste pesanan di bawah ini bermula dari tanda ** hingga ** serta sebarkan kepada kenalan anda melalui e-mail, messenger, blog atau laman sesawang yang anda kenali bagi menyampaikan info yang benar ini kepada kenalan anda dan kenalan-kenalan mereka.

** Salamun’alaik.. Mohon kongsi dgn para jemaah sekalian..

Ramai sgt yg sebar gambar palsu.. Ini gambar sahih terkini dari bumi Palestine..

[GAMBAR TERKINI] BENARKAH: Batu Terapung Dalam Peristiwa Isra’ Mikraj Di Palestin..?  Sila ke;

https://qhazanah.wordpress.com/2009/07/21/benarkah-batu-terapung-dalam-peristiwa-isra-mikraj-di-palestin/

Syukran.. **

Untuk menerokai keadaan lebih jelas di sekitar Masjid Al Aqsa dan Qubbatul Sakhra serta melihat keadaan sebenar di bawah Batu Terapung seolah-olah anda berada di Palestine sila klik di sini.

Terima kasih buat antum semua yang sudi menziarahi halaman Qhazanah, ada buah tangan menanti. Dapatkan wallpaper sempena menghayati sejarah Isra’ Mikraj. Sila klik di sini

P/S: Anda mungkin ada pengalaman ke bumi Palestine.. Kongsikanlah bersama kami..

Buat anda yang berminat untuk meraih pendapatan Ramadhan ini dengan Qhazanah; Intipati Lebih Asli Dengan  Gabungan 10 Makanan Sunnah, sila klik di sini.

https://qhazanah.wordpress.com

Jika anda rasa artikel ini memberi info yang bermanfaat sila undi dengan klik;

Topblogs @ iLuvislam

Juga, sudi-sudilah beri komen membina di bawah yea.. Syukran jazilan, wassalam..


70 Respon to “BENARKAH : Batu Terapung Dalam Peristiwa Isra’ Mikraj Di Palestin”


  1. 1 latifah
    Julai 22, 2009 at 1:41 pm

    Salam,

    Saya dan ibu saya telah pun melawat baitul muqaddis pada januari 1996 dan kami sudahpun masuk ke dalam ‘gua’ dimana batu di atasnya asdalah batu yg dipijak Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam semasa mikraj. Ibu saya berkesempatan solat sunat di dalam gua dan di bawah batu itu, manakasa saya tak dapat kerana uzur. Pada masa itu dan juga kini, batu itu dilindungi dengan binaan seperti masjid yg berkubah emas dan sering disalah sangka sebagai masjidil Aqsa. Masjidil Aqsa adalah masjid di hadapan bangunan berkubah emas ini ,masjidil Aqsa kubahnya warna biru tua.Cacatan pengalam Dr Harun Din sama dengan pengalaman saya.Allahuaklam.

    • Julai 22, 2009 at 2:10 pm

      Wa’alaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh..

      Benar kata Ummi..

      Ada 2 bangunan masjid di kawasan tersebut. Bangunan yang berkubah emas adalah bangunan yang terdapat Batu Terapung di bawahnya manakala Masjid Al Aqsa adalah berkubah biru tua..

      Di sebabkan ia terletak dalam kawasan yang berhampiran, maka ramai yang menganggap bahawa kubah emas adalah Masjid Al Aqsa.

      Kubah emas inilah mendapat gelaran ‘Qubbatul Sakhrah’ kerana di bawahnya terdapat Batu Terapung tersebut..

      Manakala Masjid Al Aqsa adalah masjid yang berhampiran dengan Qubbatul Sakhrah..

      Ada pandangan yang mengatakan tidak salah juga digelar Masjid Al Aqsa kerana ia berada dalam kawasan yang berhampiran..

      Dan dari pandangan Al-Imam Abu Bakar Ibnul ‘Arabi seperti yang dijelaskan; ia asalnya berada ditengah-tengah Masjid Al Aqsa. bermaksud asal kawasan liputan Masjid Al Aqsa adalah luas dan pada awalnya Batu Terapung tersebut di tanah lapang dalam lingkungan kawasan Masjid Al Aqsa.

      Jika tidak silap ana, dahulu laluan yang ada untuk ke Palestin adalah melalui Jordan..

      Alhamdulillah buat Ummi Latifah dan Bonda berkesempatan menziarahi tanah suci ke tiga umat Islam ..

  2. 4 Sabrina
    Julai 22, 2009 at 3:15 pm

    Ustaz, saya ingin bertanyakan bab feqah iaitu tentang mandi wiladah. Sepanjang yang saya tahu mandi wajib bagi wanita ialah atas perkara2 berikut: haid, nifas dan berjimak. Boleh tak ustaz jelaskan perkara mandi yang ini iaitu Wiladah. Apakah nas yang ada?

    • Julai 22, 2009 at 3:49 pm

      Salamun’alaik..

      Sepengetahuan ana tiada dalil mandi wiladah..

      Hadith Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam menyatakan mandi sekali sahaja selepas keringnya darah nifas.

      Ulama di Indonesia mengeluarkan fatwa bahawa wiladah adalah wanita bersalin tanpa nifas dan nifas ialah darah yg keluar setelah kosongnya rahim wanita bersalin. Menurut jumhur ulama mandi nifas lebih jelas daripada mandi wiladah kerana tiada dalil akannya.

      Ada fatwa dikeluarkan di negara Islam lain tetapi tidak disertakan dalilnya..

      Wallahua’lam..

  3. 6 ibnrajab
    Julai 22, 2009 at 5:28 pm

    salam,

    alhamdulillah.. info yg baik.. ana sendiri walaupun sempat belajr di negara Jordan, tp tidak ada rezeki menziarahi masjid al-Aqsa.. tahniah kpd mrk yg berpengalaman dgn batu bersejarah ini.. wallahu aklam

    • Julai 22, 2009 at 5:33 pm

      Wa’alaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh..

      Syukran jazilan..

      Mudah-mudahan info ini dpt disebarkan..

      Jika tidak keberatan, mohon izin wujudkan link di halaman antum..

      Semoga kita tergolong dalam golongan hamba Allah yang meraih keredhaanNYA..

      Jazakallah..

  4. 8 hajirikhusyuk
    Julai 22, 2009 at 7:28 pm

    ada lagi satu visual batu terapung, yang mana benar saya pun tak tahu, lihat di http://www.hajirikhusyuk.wordpress.com

  5. Julai 23, 2009 at 12:47 am

    Ana memohon kebenaran saudara untuk meletakkan link post ini pada hajirikhusyuk.. supaya beliau dapat mengubah gambar tersebut..

  6. Julai 23, 2009 at 11:23 am

    Salam….
    Ana pun nak copy artikel ni kat blog ana lah….

  7. 15 hajirikhusyuk
    Julai 23, 2009 at 2:05 pm

    Salam..
    yang benar tetap benar, yang palsu akan terbukti kepalsuannya, terima kasih kerana memberikan maklumat yang benar..masyaallah…

    • Julai 23, 2009 at 5:26 pm

      Salamun’alaik..

      Akhi Hajirikhusyuk..

      Mohon maaf seandainya ada sebarang kelemahan atas pembetulan dari pihak ana..

      Sekadar berkongsi demi kebaikan aqidah kita bersama.. Janganlah disimpan di dalam hati ya..

      Maaf sekali lagi.. Terima kasih dan tahniah kerana sudi menerima teguran dari kenyataan dari ana dan sahabat-sahabat yang amatlah lemah ini..

      Ayuh bersama kita bina ikatan ukhwah yang lebih mesra dan lebih cemerlang demi kebaikan dunia & akhirat..

  8. 17 rizalembi
    Julai 24, 2009 at 10:14 pm

    Alhamdulillah… dengan adanya penerangan sebegini maka kita tahu propaganda yahudi untuk memesong akidah umat islam dengan gambar palsu yang disebarkan…

    Moga kita semua terlepas dari fitnah-fitnah dunia.. amin

    http://hu-allah.blogspot.com

  9. 19 ummi
    Julai 27, 2009 at 11:20 am

    Salam..

    ustaz,sy ada trbaca satu artikel tentang mandi wajib selepas mlhirkan anak. (selain mandi nifas).
    berikan pndangan ustaz ada kah perlu @ tidak mandi wajib trsebut.wassalam.

    • Julai 27, 2009 at 11:56 am

      Salamun’alaik Ummi..

      Sila rujuk soal jawab di bawah..

      Wiladah Dan Nifas

      Assalamualaikum Tuan Panel.

      Tempoh hari lalu, ahli panel sudah menjelaskan mengenai mandi wiladah dan nifas. Yang memusykilkan saya ialah fatwa dari Kerajaan Brunei yang mengatakan seseorang yang baru melahirkan anak WAJIB MANDI WILADAH DAN NIFAS SERENTAK… untuk kepastian saya turunkan petikan fatwa tersebut.. mungkin saya tersilap faham…….

      “Maka apabila seorang perempuan telah melahirkan anak, dia wajib mandi kerana beranak (wiladah) dan wajib juga ke atasnya mandi nifas setelah berhenti darahnya atau habis tempoh masa yang sederhana iaitu empat puluh hari empat puluh malam atau masa paling maksima selama enam puloh hari enam puloh malam.”

      Sumber- http://www.brunet.bn/gov/mufti/irsyad/pelita/2000/ip_menu1.htm

      Wassalam

      Jawab:

      Memang mengelirukan. Saya juga memiliki kitab Fatwa itu Irsyad Hukum 2000, dua jilid. Begitu juga koleksi untuk tahun2 berikutnya. Kalau kita bandingkan dengan Fatwa Indonesia (juga madzhab Syafi’iy) dalam kitab Taudhihul Adillah Jld 3 ms 115. Kiyai Hj Syafi’iy Hadzami, menjelaskan dengan terang dan nyata perbedzaan wiladah dan nifas. Menurut fatwa Indonesia: wiladah ialah wanita bersalin tanpa nifas dan Nifas ialah darah yg keluar sesudah kosongnya rahim wanita bersalin. Tidak ada wanita yg mandi wiladah dan mandi kerana nifas serentak!

      Kalau kita buka kitab tarjih, misalnya kitab Ibn Qudamah (alMughny, 1/210) menjelaskan tidak ada mandi wiladah ini. Tidak ada nas pun yg menyebutnya. Prof Atiyah Khamis, Fiqh al mar’ah, menjelaskan mandi nifas itu jika ada darah saja, jika tidak ada darah hilanglah illat (sebab) mandi.

      Ini dinamakan variasi dalam pendapat fiqih dan kita bebas berpegang padanya. Kita dapati fatwa Brunei tidak ada dalil yg mendokong keujudan dan definasi wiladah, sedangkan syara’ hanya mengenali nifas sahaja. Pendapat Brunei yg menyatakan wanita bersalin kena mandi dua kali (wiladah dan nifas) dan ia diperintah syara’ adalah suatu pendapat yg ganjil. Allahu a’alam

      Sumber: http://qawudukdanmandi.blogspot.com/2008/12/wiladah-dan-nifas.html

  10. 21 dan
    Julai 28, 2009 at 11:49 am

    saya mohon izin utk mnyebarkan pnemuan bsar ini melalui email sy kpd kwn2. syukran.

  11. 23 ra
    Julai 29, 2009 at 11:39 pm

    Slm..
    oooo…bru tau slame ni trtipu..gmbr palsu rupenye..
    syokknye klu dpt p sne…

  12. Ogos 1, 2009 at 10:05 am

    baru tahu. akhirnya ini gambar yang betul kan?

  13. Ogos 1, 2009 at 9:25 pm

    salam ‘alaik ya ustaz
    ana mohon agar diberi izin bt disebarkan info tersebut untuk saudara2 lain..
    agar tdk mndapat info yg salah..
    insyaAllah mudahan agar ilmu yg ustaz kongsi ini dpt memberi manfaat bt saudara2 yang lain..
    Wassalam..

  14. 29 Achey Varis....
    Ogos 21, 2009 at 12:32 am

    Ahlan wasahlan…..Kaifa haluka? terima kasih kerana memberi info yang bermenfaat.Teruskan…

    • Ogos 21, 2009 at 1:11 am

      Salamun’alaik..

      Ana bikhair wa alhamdulillah..

      Syukran jazilan.. Sokongan dan doa antum, para sahabat dan para pengunjung yang sudi menziarahi halaman sesawang Qhazanah amat ana alu-alukan..

      Semoga Allah memberkati usaha ini..

      Jangan lupa kongsi info dari laman ana dan usulkan https://qhazanah.wordpress.com..

      Juga jangan lupa dapatkan jus Qhazanah..

      Wassalam..

  15. Oktober 21, 2009 at 6:18 pm

    maca boleh berlaku peristiwa itu?

  16. Oktober 21, 2009 at 6:20 pm

    berapa negeri yang sudah tahu tentang peristiwa itu

  17. Oktober 22, 2009 at 9:43 am

    salam alaik..
    bismillah walhamdulillah..
    syukran ats titipn komen ..juge sisipan link ni..
    insyaallah sebar2 kan artikel yg sohih 😉

    salam perjuangan.. wsslm

  18. 37 hamba
    Oktober 28, 2009 at 1:48 pm

    berarti dahulu batu terapung itu ada dan skr sdh dberi pondasi jd tidak terapung lagi?

  19. November 12, 2009 at 2:24 pm

    salam ziarah… salam uztaz nk mintak keizinan untuk mengambil artikel dari sini ? adakah dibolehkan?

  20. 41 zulf
    November 14, 2009 at 10:58 pm

    assalammualaikum..
    sya dapat bnyak info dari sni…harp disini boleh bagi lebih banyk lagi info dan berkembang supaya dapat menyedar kan lgi umat islam terutama remaja..
    syukran..

  21. 43 Shahera
    April 4, 2010 at 2:17 am

    assalammualaikum.

    terima kasih dgn maklumat yg diberi. saya ingin bertanya bilakah pondasi batu itu dibina dan oleh siapa? saya ada nampak satu gambar dalam kalendar yg menunjukkan gambar palsu itu. bleh saya hantarkan info yg benar ini kpd pengeluar kalendar tersebut? Tq

  22. 45 Shahera
    April 4, 2010 at 2:20 am

    saya tak faham bagaimana nak berhubung dgn blog ini. Apa maksud tukar atau tutup?

  23. 47 Siti Zulkish
    April 18, 2010 at 10:11 pm

    assalamualaikum..
    Alhamdulillah Allah memberi kesempatan buat ana untuk mngetahui salah 1 kebenaran di muka bumi ini..
    Moga dapat diteruskan perjuangan..
    dan mohon keizinan untuk berkongsi ilmu ini dengan para sahabat..

  24. April 19, 2010 at 12:18 pm

    Asskum?
    minta bantuan mendukung penutupan blog : http://beritamuslim.wordpress.com/
    laporkan penyalahgunaan / report spam di wordpress.com

    wassalam…

  25. 51 rohmad
    Julai 1, 2010 at 4:03 pm

    mohon ijin menyalin gambar,,terima kasih

  26. Julai 8, 2010 at 11:02 pm

    salam salam
    amat tertarik dengan batu terapung yang sebenar
    masih mencari masa untuk menziarahi tempat ini.. one day insyaallah

    sebelum ini pernah dapat gambar palsu seperti yang terdapat di atas..
    namun tidak percaya..
    dan akhirnya jumpa juga gambar yang sebenar..

    mohon dikongsikan gambar yang benar dan palsu di blog aku
    untuk dikongsikan kepada pembaca blogger..

    sharing is caring

  27. 55 fara
    Julai 28, 2010 at 6:08 am

    saye pnh gi umrah….tpi saye benci lah israel..yg kat palestin tu…suke2 jer nak amik segale bende kat situ….hish….saye teringin nak gi palestin nak solat bawah batu terapung…nak tgok yg asli bukan yg palsu,….hurm….

  28. Julai 29, 2010 at 9:11 am

    Subahanallah…Terima Ustaz atas penjelasan.

  29. 57 sydah
    Ogos 14, 2010 at 2:13 pm

    pabila sy bc kisah israk & mikraj ni…tb2 air mata menitis…subhanallah..sggh besar kuasa Allah s.w.t..

  30. 58 SHuq
    Januari 23, 2011 at 2:09 pm

    apa yang sedihnya umat Islam tidak menggunakan batu ini sebagai bukti kekuasaan Allah..
    kalau batu ini dimiliki pihak Nasrani,pastinya perlbagai penyelidikan akan dibuat,dan pastinya mereka akan menjaga batu ini seperti keadaan asalnya..

    batu ini disimenkan atas sebab2 tertentu yang hanya diketahui oleh mereka..yang pasti pihak kristian dan yahudi tetap mentertawakan sifat jumud muslim

    • Mac 7, 2011 at 11:32 am

      Salamun’alaik SHuq..

      Berhati-hatilah dalam menyampaikan sesuatu perkara.. Kepada siapakah antum nyatakan muslim yang jumud..?

      Walaupun semasa arah kiblat di halakan ke arah Masjidil Al Aqsa, dan semasa batu terapung masih terapung, pihak jahiliyyah dan musyrikin tetap terus menolak Islam.. Biarlah mereka terus tertawa..

      Sehingga ke hari pelbagai penyelidikan dan kajian terus dibuat oleh mereka demi memuaskan ilmu menurut akal dan nafsu mereka ke atas pelbagai perkara hatta sekalian alam. Walaupun terdapat banyak dalil dalam Al Quran dan Al Hadith mengenai alam semesta ini, kita perlu ingat mereka mengkaji bukan kerana mencari kebenaran tetapi untuk menafikan dalil-dalil yang ada.

      Apabila Allah memerintahkan Rasulullah ﷺ untuk beralih kiblat daripada Masjidil Al Aqsa ke Kaabah, di Masjidil Haram, Makkah Al Mukarramah maka sudah pasti ada hikmah di sebaliknya.. Kaabah sendiri terlalu banyak keistimewaannya sehingga diangkat sebagai arah kiblat umat Islam. Dan kita sebagai hamba Allah dan umat Rasulullah ﷺ sewajarnya bersyukur atas kurniaanNya..

      Wallahua’lam..

  31. 60 sabran
    Februari 21, 2012 at 2:37 pm

    alhamdulillah akhirnya saya dpt jg penjelasan tentang batu ini.

  32. 61 Syahrul nst
    Jun 16, 2012 at 10:31 pm

    T.kasih dengan info2nya

  33. 63 masyitah
    November 17, 2012 at 1:51 am

    terima kasih kerana memberi info.. 🙂


Tinggalkan komen


Info Qhazanah..

Memperkenal dan memperjuangkan program Memartabatkan Amalan Pemakanan Sunnah [MAPS] dan Semarak Mencintai Sunnah [SMS] sejak hampir 15 tahun yang lalu.

Kini dengan produk Qhazanah gabungan 10 gabungan makanan sunnah, melalui MAPS, SMS mula disemai dalam kembali mengenali sunnah dan tuntutannya ke atas kita umat Baginda Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam pada hari ini.

Terima kasih juga atas sokongan dan doa kalian yang tak putus kunjung selama ini..

WhatsApp ke (+6) 013 2038 102 untuk kiriman Qhazanah terus ke alamat anda..!

Hits Ziarah Qhazanah

  • 362,658 Pengunjung

Dari Serata Dunia

free counters

Ahlan Wa Sahlan Ya Khaira Ummati

Julai 2009
J S A I S R K
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  

Terhangat..!

  • Tiada

Peti Qhazanah